Friday, December 17, 2010

[10 MUHARRAM]

Assalamualaikum,
   Hari ini sudah sepuluh hari berlalu dalam bulan Muharram. Bermakna sepuluh hari yang lalu kita sama-sama menyambut Maal Hijrah dengan semangat hijrah yang berkobar-kobar. Nekad untuk melakukan perubahan. Hari ini, setelah sepuluh hari berlalu, apakah bukti yang kita tidak hanya pandai bercakap. Tidak menjadi salah seorang dari manusia yang dicela Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "wahai orang yang beriman, mengapa kamu cakap apa yang kamu tidak lakukan. Besar kemurkaan Allah terhadap orang bercakap tapi tidak melakukannya."
   Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah kita mula melakukan perubahan? Apakah remaja hari ini yang dulu terlalu sibuk dengan hibura dan masaalah sosial yang tidak dapat dibendung lagi, sudah mula berubah. Sekurang-kurang menjadi manusia yang tahu apa dia lakukan adalah salah. Sekurang-kurangnya ada rasa takut dalam hatinya terhadap perciptanya.
   Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah ibubapa mula mendidik anak-anak seperti yang Rasulullah. Mula merotan anak-anak yang tidak solat seawal umur 10 tahun. Mula mewajibkan anak-anak perempuan untuk memakai tudung seawal umur kecilnya. Biar, anak perempuan itu membesar dengan perasaan malu yang tebal dalam hatinya. Kerana Rasulullah bersabda, "kekuatan perempuan itu terletak pada malunya."
   Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah para pemimpin berhijrah? Tidak kiralah kita sebagai pemimpin keluarga, persatuan-persatuan, masyarakat, daerah, negeri, pemimpin negara hatta pemimpin dunia sekali pun. Sudahkah kita berhijrah dari telunjuk barat kepada Al-Quran dan Sunnah? Apakah para pemimpin kita sekurang-kurangnya sudah mula merancang untuk menggubal undang-undang yang selaras dengan apa yang diwahyukan. Apakah pemimpin kita sekurang-kurangnya, sudah mula mahu mengikut cara kepimpinan Islam CONFIRM berjaya dunia dan akhirat.
   Wahai pemimpin hari ini. Sedarlah bahawa rakyat tidak melihat berapa juta yang kamu berikan kepada kami. Tidak melihat janji-janji manis yang seringkali ditabur. Tidak melihat berapa banyak projek pembangunan yang dilakukan. Kerana itu tanggungjawab kamu sebagai pemimpin. Tapi kami mahu melihat, jika masih terdapat manusia yang hidup di Malaysia ini hanya makan sepinggan nasi setelah maghrib. Maka kamu hanya layak untuk makan sesuap nasi sesudah Isyak. Itu yang rakyat mahu lihat. Kami mahu lihat, jika masih ada Rakyat Malaysia, yang berumahkan reban ayam, maka kamu hanya layak berumahkan sangkar burung. Itu yang kami lihat. Kami tidak mahu cerita tentang WIKILEAKS atau pemimpin itu, pemimpin ini terlibat dengan rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Kerana itu masaalah, and you suppose to start doing your job. Apa yang kami mahu tahu, apa yang kamu mahu lakukan untuk Rakyat. Melindungi rakyat bukan mayat. Membela Rakyat bukan penjenayah.
   Selasa kalau tak silap, dalam surat kabar ada berita yang menytakan kerajaan berhasrat untuk meringankan hukuman termasuk bagi orang yang dijatuhkan hukuman BUNUH! Apakah negara kita cuba membela pesalah atau memberi peluang untuk Rakyat membunuh sekali seumur hidup? Jika kita orang yang paling BODOH dalam kamuniti kita sekarang, apakah hukuman  yang sewajarnya untuk pembunuh? Dan jawapan itu kita tidak perlu dengar, yang perlu dengar adalah mereka yang lebih BODOH dari orang bodoh tadi. Untuk para pemimpin yang masih belum berhijrah dari menyokong undang manusia BODOH itu, kita harap satu hari ANAK atau IBUBAPA atau ISTERI mereka di BUNUH! dan kita lihat waktu itu, apakah hukuman yang PEMIMPIN itu mahukan. Kerana itulah saja cara mengajar orang yang BODOH.
   Bagi para pemimpin dan seluruh umat Islam, jika hari ini kita sudahpun mula melakukan perubahan. Biar ianya sedikit, asalkan kita sudah mulakan langkah pertama kita. Alhamdulillah.Untuk para pemimpin yang sudah mula melihat lembaran sejara pemimpin-pemimpin hebat dunia seperti dua orang Umar, Muhammad Al-Fateh, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayubi, Hassan Al-Banna atau sudah mula belajar dari kepimpinan Ahmadinejad atau Tuan Nik Aziz yang mashyur tentang kehebatan kepimpinan mereka. Kita doakan pemimpin yang sudah mula berhijrah ini agar diberkati kepimpinannya dan bagi pemimpin yang belum masih di takuk yang lamu kita doakan juga agar mereka diberi HIDAYAH oleh Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya kita dibenarkan oleh Islam untuk mendirikan solat jenazah untuk mereka, kerana Al-Quran melarang kita dari menunaikan solat jenazah untuk mereka yang MUNAFIK.

Sunday, December 12, 2010

[I Love You, Just The Way You Are]

 when i see your face, there is nothing i would change, coz you amazing just the way you are. And when i look into your eyes,  deeper into your heart, i always hope i will never force you to do anything you dont like. Coz you amazing just the way you are.
 Tapi aku terlalu mencintaimu, hingga aku tidak tega melihat kamu menderita berabad lamanya disana nanti, di tempat yang kekal abadi. Di tempat yang bisa aku mencintaimu selama-lamanya. Tempat yang bisa untuk kamu jadi seperti mana yang kamu mahu.
 Aku tidak akan malu jika manusia mengatakan itu dan ini kepadamu. Aku tidak akan berasa segan jika manusia mengatakan kamu ketinggalan zaman. Biar kamu menjadi wanita yang paling hodoh dimata manusia, asalkan kamu terindah dimata Allah. Biar aku gembira kerana Allah memuji kamu di hari itu. Biar aku terlalu gembira jika kita tidak ditinggalkan Allah.
 Aku tidak akan pernah menyuruh kamu menutup auratmu, jika ianya bukan perintah Tuhanku. Aku tidak akan pernah memaksa suaramu direndahkan, jika aku tidak merasa malu dengan Allah. Aku tidak akan pernah mencintaimu, jika kamu berani meletakkan cinta dihapan CINTANYA.
 Aku tidak pernah mengharapkan cintamu. Aku tidak perna gembira mencintaimu. Andai harganya adalah cinta Allah. Aku tidak akan pernah menyesal hidup ini, miski tanpamu. Jika gantinya cinta dari Allah.
 Satu hari aku berjalan menuju cintanya. Aku terlihat kamu, terduduk lemah. Seolah-olah tidak berdaya. Aku bertanya kepadamu, mahukah menemani jalanku. Kamu menganggukkan kepala. Aku berkata, jalanku terlalu sempit, penuh dengan duri yang tajam. Penuh dengan ejek tawa orang. Penuh dengan sempadan dan larangan. Penuh dengan bauan yang tidak disenangi. Penuh dengan lingangan airmata. Kamu masih mahu menemaniku. Hari ini, sedang kita berehat di persimpangan, aku bertanya lagi, mahu terus ikut menemaniku, jalanku akan seringkali keseorangan. Ditinggalkan kawan, didampingi kesepian. Tapi kita akan keseorangan. Kamu bertanya kepadaku. Apa yang menanti untuk kita di penghujung jalan ini? Kataku, MENCINTAI DAN DICINTAI JUSAT THE WAY YOU EVER WANTED. Kau tersenyum. Pejuangan ini pahit, kerana syurga itu manis.

Friday, December 10, 2010

[Thank You Allah]

The sky is clear 
The air is clean 
The land is green 
Thank you Allah 

The path we walk 
The lines we talk 
The thing we see 
Thank you Allah 
Thank you Allah 

Say Thank You Allah 
Thank You Allah 

When I sleep 
When I eat 
When I breath 
Thank You Allah 
Thank You Allah 

Say Thank You Allah 
Thank You Allah 

In the night or in the day 
Every morning after prayer 
I'll never forget to say thank you 

There are times when I'm alone 
Feel alright or not so strong 
I'll pray to you and say 
Thank You Allah 
Thank You Allah 

So friends every time remember 
Allah The Most Merciful 
Say Thank you Allah 
Thank You Allah

Tuesday, December 7, 2010

[Salam Maal Hijrah]

Salam Maal Hijrah,
   Apa hijrah pada kita? Sekadar melihat kalendar saban hari kita tinggalkan. Sibuk dlm kedunian yang dicipta BARAT, tiba-tiba kita tahu hari ini sudah masuk tahun baru. Itu pun kerana hari ini cuti, kalo tidak mungkin kita lansung tidak sedar. Kita umpama puppet kepada dunia BARAT. Apa ada pada barat? mengapa seringkali kita mengikut telunjuk jari mereka? Mengapa kita tidak pernah berfikir? Mengapa tiada MENGAPA dalam hati kita saban hari.
   Tidak kita terfikir, mengapa seringkali saudi akan cepat sehari merayakan aidilfitri atau aidil adha dari kita. Pernah kita melihat perayaan ini disambut lebih lewat dari kita? Padahal, mengikut latitud yang dicipta barat, mereka terletak 5jam lewat dari kita. Pernah kita terfikir, apa hikmahnya Allah mencipta kiblat di masjidil haram. Cuba kita fikirkan, di satu bandaraya, jika semuanya tertumpu pada kawasan itu, pentadbirannya, urusan keluar masuk dalam negerinya, pusat ekonominya, dan limpahan manusia keluar masuk darinya saban hari. Tidakkah dinamakan ia sebagai pusat bandaraya. Semua orang macam tu. Jadi bila mencipta satu tempat untuk menjadi tumpuan semua umat Islam, tumpuan dari Ibadat, dari segi muamalah, dari segi ukhuwwah, perlukah sampai Allah kena cakap "wahai manusia latitud sebernya bermula di Mekah". Tapi bila barat mengatakan matahari itu terbit dari Jepun, maka satu dunia mengatakan matahari itu terbit dari Jepun.
   Seperti juga sistem pendidikan kita. Dalam dunia yang dicipta barat, dalam sistem pendidikan hari ini. Di Dunia amnya, khususnya di Malaysia. Adakah kita dapat mencapai sekurang-kurangnya menyamai taraf pendidikan yang dicipta dunia Islam satu ketika dahulu. Jika kita berani untuk cakap sistem pendidikan Islam kolot. Beranikah kita cakap bahawa doktor yang lahir hari ini lebih hebat dari IBNU SINA. Kebodohan barat tidak dapat diselindung bilamana terpaksa menggunakan silibus yang disusun IBNU SINA sebagai rujukan golongan pelajar medik hari ini.
   Jadi apa makna hijrah pada kita. Kita tidak ada peluang untuk berhijrah dari mekah ke madinah 1432 tahun dahulu. Tapi kita masih ada peluang untuk Hijrahkan masyarakat hari ini, dunia hari ini kepada yang lebih baik. Bermula dari pucuk kepimpinan, hinggalah kepada rakyat jelata. Para pemimpin, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Pemimpin yang tidak menjadikan rakyat sebagai pekerjanya, bukan mengajak rakyat bekerja bersamanya. Tapi bekerja untuk rakyat. Jadi bila pemimpin bekerja untuk rakyat. Pekerja tidak boleh lebih kaya dari majikan, pekerja tidak boleh makan sebelum majikan. Pekerja perlu susah untuk majikan.  Fikirkan, jika kita sebagai majikan, apa yang kita akan lakukan jika pekerja kita curi tulang, mencuri harta kita, melakukan bukan seperti kehendak kita?
  Pemimpin yang hebat bukan datang dari golongan miskin kemudian menjadi golongan kaya, tapi datang dari golongan orang kaya-kaya tapi akhirnya menjadi miskin. Lihat pemimpin-pemimpin yang berjaya seperti Rasulullah contohnya, lahir dari golongan bangsawan quraiys. Tapi wafat dengan hanya meninggalkan baju besi yang akhirnya perlu digadaikan untuk melangsaikan hutang. Jadi para pemimpin yang memimpin hari ini, jika anda rasakan wakil rakyat itu satu karier, menteri itu satu sumber rezeki. Anda silap. Wakil rakyat adalah hamba abdi kepada rakyat, dan menteri itu adalah pencacai negara. Bukan menghina, tapi untuk memberi figure tentang tugas kita masing-masing.
   Bila kepimpinan kita sempurna, InsyaAllah orang yang dipimpin juga akan sempurna.

Monday, December 6, 2010

[AKU ANAK HARAM!]

Assalamualaikum,
   Firstly, saya mohon jutaan kemaafaan kerana kekangan waktu membuatkan saya tak mampu mencoretkan coretan dan memberi peringatan walaupun saya tahu ianya sangat penting di dalam Islam untuk memberi peringatan. Firman Allah, berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.
   Siapa orang yang beriman? Kita percaya dan beriman dengan rukun yang enam? Kita melengkapi rukun yang lima? Kita imani Al-Quran dan Hadith tanpa keraguan? Ya, kita orang yang beriman. Bila mana Allah berfirman, "wahai orang yang beriman, bersujudlah", maka tanpa keraguan dan ikhlas hati kita bangun untuk solat menyembahtuhan pencipta sekalian alam. Dan bila kita mendapati ada manusia yang tidak berolat, kita katakan iman manusia itu lemah. Dan bila mana ada segelintir manusia yang mengatakan tidak ada solat dalam Islam atau tidak perlu MELAKSANAKAN solat, maka kita dan termasuklah orang yang lemah imannya tadi pun akan mengatakan mereka itu sesat dan perlu dihalang.
   Dan bila mana Allah s.w.t berfirman, diwajibkan keatas kamu berpuasa. Maka seluruh umat Islam berpuasa. Hina sangat manusia dikala itu jika makan di tempat terbuka. Orang-orang yang dibenarkan tidak berpuasa pun malu untuk makan didepan orang lain. Malah, orang bukan Islam pun segan untuk minum walau seteguk air di tempat terbuka. Kerajaan kita mengambil serius tentang masaalah umat Islam yang tidak MELAKSANAKAN ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.
   Pelbagai perkara yang disebut didalam Al-quran, kita imani.Kita yakini. Tapi mengapa ketika mana Allah berfirman, "pencuri lelaki dan pencuri wanita, hendaklah dipotong tangannya" ketika mana Allah berfirman, "penzina wanita dan penzina lelaki hendaklah disebat 100 kali" kita seolah-olah tidak yakin. Kita seolah-olah mengatakan ianya tidak perlu. Malah apa yang menyedihkan ada pihak yang menyatakan ianya kolot. Undang-undang zaman purba dan amat menyedihkan ianya satu permainan politik yang semakin hari semakin kotor, semakin hari semakin kotor.
   Wahai umat Islam, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, kenapa jika kita kata solat itu kolot, kita dianggap sesat, tapi kenapa kita mengatakan hudud itu kolot, kita tidak dianggap sesat? kenapa, jika kita tidak MELAKSANAKAN solat, kita dianggap berdosa, tapi jika tidak MELAKSANAKAN hukum ALLAH, kita tidak dianggap berdosa. Mengapa manusia mengecam orang yang makan di tempat awam dikala bulan Ramadhan, tetapi tidak mengecam orang yang tidak menggunakan hukum Allah sebagai undang-undang.
   Ramai manusia di Malaysia, ramai dari kita berilmu, berakal. Perkara ini kita boleh fikir secara logik. Hukum yang saya sebutkan diatas bukan diambil dari buku yang berbeza-beza. Datang dari sumber yang satu. Datang dari kalam Allah yang sama. Dengan arahan yang sama. Dengan nada ketegasan yang sama. Tapi seolah-olah kita lebih bodoh dari apa yang kita sangkakan.
   Kita seperti buta dan bodoh. Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Pelbagai undang-undang yang kita gubal. Adakah kes-kes jenayah hai ini semakin berkurangan? Bodohlah bagi orang yang mengatakan kita dalam keadaan yang tidak membimbangkan kerana kes-kes jenayah semakin hari semakin baik. Setiap jam, ada nyawa yang terkorban, setiap jam ada orang yang dirogol, setipa jam, ada manusia yang berzina, setiap jam, ada bayi yang akan dilhirkan dan dibuang. Jadilah bayi itu, bayi pakai buang. Hari ini ini kita berbangga, "aku anak Malaysia". Jangan sampai satu hari nanti rakyat malaysia berbangga dengan "AKU ANAK HARAM!"
   Jadi marilah kita mengambil kesempatan di tahun baru ini untuk kita fikirkan kembali, adakah kita orang yang beriman? Biar sudah 40 tahun kita memperjuangkan perkara yang salah, marilah menghabiskan sisa hidup yang mungkin tinggal lagi satu dua tahun untuk memperjuangkan perkara yang benar. Bukan kerana parti, bukan kerana kepentingan individu tertentu, tapi hanya KERANA ALLAH!

Monday, November 22, 2010

[Tak kenal maka tak CINTA]

Assalamualaikum,
   Orang kata, xkenal maka xcinta... tapi ada yang yang mengenali tapi xmenyintai. Teramat rugilah kita jika kita mengenali Allah tapi tidak menyintainya dan dicintainya. Sesungguhnya CINTA yang hakiki itu adalah milik Allah hanyasanya.
   Tidak inginkah kita menjadi seperti para sahabat yang Allah sebut didlam Al-quran sebagai manusia yang redha akan Allah dan Allah meredhai mereka. Subhanallah. Bagaimana kita hendak dicintai Allah, jika kita sendiri tidak mengenali Allah... malanglah orang yang mengenali Allah tapi tidak dicintaiNya.
   Minggu ini, jemaah haji mula pulang ke tanah air. Bersyukurlah mereka yang terpilih menjadi salah seorang dari 3juta tetamu Allah di Tanah Suci. Tapi berapa ramai manusia yang pergi berjumpa Allah dan balik tanpa sebarang perubahan. Ada yang pergi sebagai memenuhi syarat atau adat. Ada yang pergi kerana mahuka gelaran HAJI. Ada yang pergi kerana mahukan pengaruh. Ada juga yang pergi untuk menyucikan diri(seperti org kristian pergi ke gereja). Malang bagi mereka. Malah rugi jika niat mereka pergi menjadi tetamu Allah kerana mendambakan Syurga.
   APAKAH JIKA TIADA SYURGA DAN NERAKA kita tidak akan menyembah ALLAH?! belajarlah untuk bersyukur. Beruntunglah manusia yang pergi dan balik kerana bersyukur dengan nikmat tuhannya dan beribadat semata-mata kerana menyintai ALLAH... maka kepulangannya bukan sahaja menerima anugerah dari mulut manusia yang memanggilnya HAJI, malah menerima pengiktirafan ISO dari Allah sebagai HAJI MAMBRUR... subhanallah!

Tuesday, November 9, 2010

[MASIH MENJADI HARAPAN]

"Selangkah kealam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan.
Biarlah menangis,terluka,kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati ditimbus tanpa mujahadah. kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah, setiap titisan darah dari luka dan air mata itu adalah mahar kita kesyurga. Bila ditanya mengapa perjuangan itu pahit? katakanlah kerana syurga itu manis......"

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

[bagai jentayu yang patah sayapnya, tetap terbang jua]

Thursday, October 28, 2010

Nama yang disebut oleh Rasulullah

   Alangkah indahnya jika nama kita pernah disebut oleh Allah dan Rasulnya. Seperti Abu Bakar yang disebut dalam solat setiap kali kita bangun dari ruku'. Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, yang disabdakan oleh baginda Rasul, akan datang seorang pemimpin sebaik-baik pemimpin dan rakyat sebaik-baik rakyat. Dia akan membuka Rome. Atau seperti manusia yang sedang berjuang di Palestin. Terdebgar dalam sabda Rasul, akan ada dari umatku yang sentiasa akan memperjuangkan agama Allah. Mereka adalah orang yang disekeliling baitul mukaddis.
   Kita? Xde keinginan untuk jadi orang yang disebut oleh nabi? Jadi orang yang disebut dalam Al-Quran? Rasul pernah bersabda, akan ada dari umatku diakhir zaman. Sanggup untuk menggadaikan kekayaan dan kemewahan dunia semata-mata untuk melihat wajahku. Nah! masih ada peluang untuk kita jadi INSAN YANG DISEBUT OLEH NABI. Berusalah.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

*maaf, coretan kali ini ringkas sahaja. Sibuk final. Hehe, sibuk ke...? 

Monday, October 18, 2010

PERSOALAN 1 :

Assalamualaikum,
   Tahukah anda, selama hari ini kita mengejar kematian kita? dan sebenarnya setiap hari umur kita semakin pendek bukan semakin panjang. Jika hari ini kita berumur 20 atau 21 tahun, dan hayat kita ditakdirkan sekitar 60 ke 70 tahun, bermakna baki hidup kita hanya tinggal sekitar 40 ke 50 tahun. dan setiap hari umur kita akan berkurang. Kerana janji Allah, dia tidak akan mempercepatkan atau melambatkan kematian manusia walaupun sesaat. Subhanallah!
   Ada satu kisah di zaman Nabi Sulaiman. Dimana ketika itu Nabi Sulaiman sedang duduk di dalam majlis bersama-sama sahabatnya. Datang seorang hamba Allah mengadu akan hal.
"Wahai nabi, ada seorang hamba Allah dari tadi asyik merenung kearahku." kata lelaki itu.
"Kamu kenal lelaki itu?" tanya Nabi Sulaiman.
"Tidak wahai nabi."
"Ketahuilah dia ialah malaikat maut, datang untuk mengambil nyawamu."
   Mendengar apa yang diperkatakan oleh Nabi Sulaiman, dia menjadi amat gelisah, lalu dia meminta Nabi Sulaiman menghantarnya ke suatu pulau yang sangat jauh dari situ. Lalu tanpa banyak bicara Nabi Sulaiman pun menghantarnya ke suatu pulau yang sangat jauh dari situ. Dengan sekelip mata, dia tiba di pulau itu, dia merasa lega kerana menjangkakan dia sudah terlepas dari kematiannya. Namun, seketika kemudian nyawanya diambil oleh malaikat. Sebenarnya, seketika tadi malaikat melihatnya dengan penuh curiga kerana hairan. Kematian lelaki itu sudah sangat hampir, tapi kematiannya sangat jauh dengan tempat itu. Dan apabila Nabi Sulaiman menghantarnya ke pulau yang sangat jauh itu, tempat yang ditulis sebagai tempat kematiannya, dan cukup masanya, malaikat pun mengambil nyawanya. Lihat, bagaimana lelaki itu mengejar kematiannya.
   Seperti juga kita, kadang-kadang kita berada di Terengganu misalnya, dan kita terasa ingin pulang ke Perak contohnya. Padahal, tiada hal penting pun yang menunggu di Perak. Ditakdirkan kita kemalangan, di Perak. Itulah dikatakan mengejar kematian. Kita di Terengganu, tiada apa di Perak, tapi kematian kita di Perak. Mungkin jika tinggal sahaja di Terengganu, wallahua'lam.... tapi sebab kematian kita menunggu di Perak, kita pergi mengejarnya. Seperti juga orang ditukarkan ke hospital yang lain, kemudian mati. Mungkin sebab, kematiannya bukan di hospital sebelumnya, kematiannya menunggu di hospital yang lain lalu dia pergi mengejar kematiannya. Setiap hari kita mengejar kematian kita.
   Jika hari ini kita menyambut ulang tahun kelahiran kita yang ke 20, sebenarnya kita sudahpun meninggal 20 tahun. Kerana kita tidak dapat mengubah apa-apa pun, malah tidak dapat patah kembali 20 tahun itu. PERSOALANNYA, andaikata tiada esok bagi kita, dimana kita? Syurga? atau Neraka? Fikir-fikirkanlah.
Cuba kita tanye mana-mana ustaz, or mana-mana orang yang kita rasa alim. Tanye dia, kalo dia mati sekarang, agak-agak masuk syurga tak? agak-agak ape jawapan die? confirm dia jawab tak kan? bukan sebab die merendah diri, tapi itu hakikat. Dia tidak yakin menjadi salah seorang manusia yang bakal masuk syurga.
   Allah berfirman, orang yang masuk syurga banyak dari golongan yang terdahulu, dan sedikit dari golongan kita yang akhir ini. Dan ada hadith yang meriwayatkan bahawa, nisbah orang yang masuk syurga adalah seperti seekor kambing hitam yang cuma ada satu jalur nipis, memanjang dari kepalanya hingga ke ekornya. Jalur putih itulah perumpamaan manusia yang akan masuk ke syurga. Kalau mereka yang alim atau ustaz2 pun xconfirm boleh masuk syurga. kita? Yang rasa cukup dengan solat lima waktu sahaja, puasa dibulan ramadhan, tak pernah tinggal buat dosa kecil, tutup aurat ikut suka bukan ikut hukum. kenal Allah, tapi tak penah dengar apa yang Allah cakap, kenal nabi, tapi jarang berjumpa dengan hadith. Al-Quran dan Hadith umpama surat cinta dari Allah dan Rasulnya, dalam hati orang yang Allah anugerahkan tempatnya di syurga, salah satu tandanya dia mencintai Allah dan Rasulnya. Jika dia mencintai Allah dan Rasulnya, surat cinta itu dia akan baca setiap hari, dan mana ada dalam dunia ni, manusia bercinta tapi tak faham apa yang kekasih dia tulis dalam surat cintanya.
   Berat nak cakap yang kita ni golongan orang yang confirm masuk NERAKA, syurga? InsyaAllah.... Susah ke nak masuk syurga? Tak susah tapi tak begitu mudah. Terutama wanita. Nabi cakap, wanita adalah orang yang paling senang masuk syurga, tapi paling banyak masuk neraka. Cukup rasenye sampai disini dulu, insyaAllah ada masa kita sambung lagi. Untuk persoalan hari ini, same-samelah kita fikirkan.

Wednesday, October 13, 2010

Taklif laisa tasyrif

Assalamualaikum,
   Hari ini tiba-tiba aku teringat kenangan silam yang banyak mengajar aku erti kehidupan. SMA Izzuddin Shah, BADAR, LKP, semuanya termasuklah semua warga SIS. Mereka banyak mendidik aku. Belajar untuk bangun setelah mana jatuh, mengajar aku menjadi pemimpin yang tak faham apa itu TIDAK BOLEH!
   Fikiranku melantun ke satu suasana yang cukup tidak dapat aku lupakan. Selepas subuh, lokasi, kiri musolla, masa, sementara menunggu orang berpusu-pusu sarapan pagi di dewan makan selepas kuliah subuh ustaz Fahmi. Topik yang di bincangkan, kepimpinan dan nasib orang yang dipimpin. Bermula dengan kepimpinan yang baru naik, nuqaba' pelajar tingkatan 3, hingga ke peringkat sekolah, hinggalah ke peringkat kepimpinan negara. Tak lupa, kami juga ada musabah tentang kepimpinan kami selaku kepimpinan saf hadapan sekolah.
   Lokasi ke-2, masih lagi di musolla. Aku seringkali teringat perihal ini bila maghrib menjelma. Saban waktu aku berdiri di hadapan ratusan pelajar, memberi peringatan, teguran, kritikan tentang kepimpinan hari. Agar umat yang bangun dari kalangan manusia didepan mataku nanti menjadi pemimpin yang tidak mengulangi kesilapan yang berulang-kali. Mungkin aku terlalu ghairah untuk terjun dalam bidang ini. Aku suka politik? Aku suka politik, kerana dalam Islam ada politik. Dan politik adalah yang terbaik. Mengapa aku memilih jalan ini? Persoalan ini pernah diajukan kepadaku oleh seorang ustaz, dua kali.Aku tidak punyai jawapan, melainkan apa yang telah diberi oleh seorang rakan kepimpinan yang aku sendiri kagum dengan kepimpinannya. Jawapannya, kita perlu mengisi kerusi kepimpinan itu supaya kerusi itu tidak dicemari dengan orang yang tidak tahu memimpin.
   Benarkah kepimpinan hari ini rosak?aku tidak tahu jawapan anda, tapi personaly, aku akui kepimpinan hari ini rosak, dengan teruknya. Bukan merujuk kepada kepimpinan negara semata-mata. Tapi, setiap lapisan kepimpinan, bermula dari sekecil-kecil kumpulan keluarga, hingga kepimpinan kumpulan yang besar, persatuan-persatuan, NGO-NGO, perwakilan pelajar, hinggalah ke kepimpinan dunia. Kepimpinan inilah yang disebut oleh baginda Nabi Muhammad, "Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal tentang kepimpinan kamu."
   Bila menyebut perihal kepimpinan, teringat aku akan seorang lagi rakan kepimpinan yang tidak kurang hebatnya, dan aku rasa beliau adalah antara yang terhebat dikalangan kami. Lahir dari darah kepimpinan yang cukup disegani. Mungkin ada diantara pembaca tahu akan dirinya. Beliau ada mengingat kami, dan kepimpinan dunia amnya, negara khususnya. Jika mahu jadi pemimpin kita MESTI sanggup untuk jadi seorang Ibu, tempat bermanja. Sanggup untuk jadi seorang ayah, sentiasa bertanggungjawab. Jadi seorang kawan, tempat meluahkan perasaan. Jadi seorang guru, tidak pernah lelah mengajar. Jika tak mampu, jangan mintak untuk jadi pemimpin, kamu akan dicaci maki oleh rakyat.
   Mengapa pemimpin hari ini cukup marah bila dikritik, bila dikutuk, bila ditegur. Ada yang sampai sanggup memenjarakan orang mengkritik, menafikan hak mereka untuk bersama keluarga, menafikan hak rakyat untuk bercakap, menafikan pelembagaan malaysia yang tertulis bahawa MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI!
   Mari kini mengimbau beberapa contoh pemimpin yang dibawahnya tunduk 2/3 dunia. Beliau ialah Umar, dua Umar. Umar Al-Khattab dan cicitnya, Umar Abdul Aziz. Dalam satu cerita sejarah, dimana wakil sebuah negar datang ke madinanh untuk berjumpa Umar Al-Khattab dengan dengan perasaab tidak puas hati. Dia tiba dimadinah dan bertemu dengan seorang arab yang lusuh pakaiannya, duduk berlapikkan pelapah tamar dibawah pohon kurma, bersandar pada batang pohon itu. Lalu dengan perasaan marah, orang itu bertanya. "wahai arab, tunjukkan aku dimana Umar, Siapa Umar, dimana mahligainya, besar mana mahligainya, adakah lebih hebat dari Istana kerajaanku?" lau arab itu tersenyum dan bangun, dengan baju yang berdebu. dia berkata "akulah Umar, akulah Umar Al-Khattab." Lihat, bagaimana Umar tidak lansung mementing kekayaan disaat dia mampu untuk menjadi manusia yang paling kaya diatas muka bumi ini. Hanya bermahligaikan Istana yang bilamana dia tidur, kepalanya berada dipintu hadapan rumahnya, dan kakinya di pintu belakang rumahnya. Bila mana dia berdiri, kepalanya mencecah syiling rumah. Allahuakbar! dan ketika dalam pemerintahannya, tiada seorang pun yang layak menerima zakat kerana fakir miskin. Namun pun begitu, hatinya senantiasa takut pada Allah. sentiasa merasakan ada tanggungjawab yang blom dia laksananakan, merasakan dirinya pemimpin yang tidak adil. Contohnya, ketika mana dia sendiri yang memikul gandum, membawanya kerumah si ibu tunggal, membancuh teoung hingga menjadi roti dan menyuaokan ke mulut anak-anak ibu tunggal ibu selepas terdengar rintihan si ibu tunggal yang menjerang batu sambil menidurkan anak-anak yang kebuluran. Sehingga si ibu berkata, alangkah baiknya jika Umar yang melakukan semua itu. Subhanallah! Umar melaksanan tanggungjawabnya tanpa orang tahu dia adalah khalifah. Dalam kata lain, melakukan tanggungjawab hanya kerana takutkan Allah bukan untuk dikenali manusia.
   Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan. “Hai Sa’id! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims!” kata Khalifah Umar. “Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia,” kata Sa’id. “Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu!” balas ‘Umar marah. “Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Sa’id. Kemudian Khalifah ‘Umar melantik Sa’id menjadi Gabenor di Hims. Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?” “Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?” Setelah itu, Sa’id pun berangkat ke Hims.
   Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims. Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan juga nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa’id bin ‘Amir yang kalian sebutkan ini?” “Gabenor kami! “jawab mereka. “Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya Khalifah kehairanan. “Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.
   Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar. “Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai” ucap ‘Umar sedih. Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa ‘id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”
    Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa’id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?” “Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula. “Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. “Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar. “Dunia telah datang untuk merosak akhiratku.
Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita,” jawab Sa’id mantap. “Bebaskan dirimu daripadanya!” kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar. “Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa’id. “Tentu…!” jawab isterinya bersemangat. Maka Sa’id mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin. Subhanallah!
   Wahai bani insan, kemanakah menghilangnya pemimpin seperti Umar atau sekurang-kurangnya pemimpin seperti yang orang dipercayai Umar? Tidak mahukah kamu pemimpin seperti ini, pemimpin yang memastikan dia adalah manusia yang terakhir sekali makan pada hari itu. Moga-mago Allah akan menganugerahkan kita pemimpin yang hampir dengan mereka yang aku sebutkan diatas. InsyaAllah...

Monday, October 11, 2010

Al-Quran

   Sejauh mana kita yakin pada kalamullah? keseluruhannya kah? separuh kah? sebahagian kah? bagaimana kita meyakininya? Yakin, kerana orang lain yakin? yakin kerana orang kata kalau tak yakin, murtad? atau yakin kerana ianya datang dari Allah?
   Meyakini setiap patah perkataan yang tertulis dalam Al-Quran adalah satu kewajipan. Contohnya, "katakanlah Allah itu satu."(surah al-ikhlas ayat 1). Kita pun yakinlah bahawasenya Allah itu esa. Tidak ada anak dan tidak pula diperanakkan. Betul. Bagaimana dengan ayat ini, "jika kami letakkan al-quran itu diatas gunung, maka hancur berkecailah gunung-ganang kerana takutkan Allah" anda percaya? dan ayat ini, "pencuri lelaki dan pencuri wanita perlulah dipotong tangannya" anda yakin?
   Mungkin kita hanya menggunakan Al-Quran bila ada kepentingan, bila ianya selari dengan kemahuan kita. Dan jika ianya tidak selari dengan kepentingan kita, kita menolaknya. Mungkin juga kita cuma rasa, jika kita cakap tuhan itu ada anak atau tuhan itu bukan satu, kita dianggap murtad. Tetapi jika kita cakap, pencuri tidak perlu dipotong tangannya, atau kita anggap hanya orang alim sahaja yang perlu tutup aurat, yang perlu solat. Itu tidak dianggap murtad?
   Cuba kita renung, kesemua ayat dan dalil diatas diambil dari satu sumber yang sama. Tetapi mengapa kita cuma menganggap menolak sebahgian ayatnya murtad, dan menolak sebahgian yang lain tidak? Adakah kita tidak benar-benar yakin dengan Al-Quran? Al-Quran yang menyatakan bahawa mati itu pasti dan masa kematian adalah rahsia Allah. Adakah anda tidak percaya bahawa Allah berfirman, di akhirat kelak, manusia akan meminta kepada Allah supaya dikembalikan kedunia, ketika mana dia melihat azab Allah yang maha dahsyat. Adakah anda tahu bahawa Allah merakam dialog dimana Allah menyakan soalan kepada manusia yang diazab : "Tidakkah sampai kepadamu seorang yang memberi peringtan(yang memberitahu perihal Islam)? maka jawab manusia, ada tapi kami katakan kepadanya bahawa apa yang dikatakan olehnya adalah bohong semata-mata". Ayat tersebut juga merujuk kepada manusia yang tidak menyatakan secara terang-terangan menggunakan lisan, seperti manusia yang masih lagi berpakaian tidak menutup aurat sedangkan dia tahu bahawa menutup aurat itu wajib.
   Apakah kalian sebenarnya tidak yakin dengan Al-Quran? Ramai manusia hari ini tidak benar-benar yakin dengan Al-Quran keran tidak pernah belajar memahaminya. Jika kalian baca dan faham, kalian akan dapati disana ada tanda-tanda bahawa Al-Quran itu benar dan benar dengan logik akal manusia. Contohnya tentang ayat yang menerangkan tentang proses kejadian manusia. Al-Quran menulis dengan detail tentang proses itu, selain itu, Al-Quran juga menerangkan tentang sains dan teknologi yang melangkawi abab ini. Contohnya, kita masih lagi mengkaji tentang berapakah sebnarnya planet di sistem suria kita? 9? 10? Anda tahu mengapa mereka terus mencari satu planet ke satu planet? Adakah para saintis barat hanya mencuba nasib sambil hobi mereka meneroka planet-planet disistem suria? Tidak! kerana, Al-Quran menyatakan bahawa planet di sistem suria kita ada 11 planet kesemuanya dengan membuktikan bumi mempunyai satu bulan. Contoh kedua, Allah telah berfirman 1400 tahun dahulu bahawa dia akan mengenali manusia dengan ibu jari mereka.Hari ini, setelah 1400 tahun, barulah manusia dapat mengecapi teknologi itu.
   Sedarlah wahai manusia, apa sebenarnya tujuan kita hidup? Mengapa kita dihidupkan? Lihatlah, fikirlah, orang yang mati disekeliling kita, kemana mereka pergi? Apa yang terjadi sebenarnya? Kenalilah Tuhan kita.

Wednesday, October 6, 2010

IKHLas dariKu

Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura-pura didalam berjuang..
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga
Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku..
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga..

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang terluka..
Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan disini
Berakhir sebuah lamunan duniawi

Terima syukur taufik ilahi..

Friday, August 6, 2010

SAJAK IMAM BUKHARI

Dikala malam yang sunyi sepi
Bani insan tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadapMu tuhan.

Lemah lututku berdiri
di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan,
hamba tidak pasti 
bagaimana penerimaan-Mu
dikala mendengar mengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
Ampunan-Mu Tuahn lebih besar
dari kesalahan insan

hamba percaya pada tutur kepastian itu
kerana itu hamba datang wahai tuhan
bukan tidak redha dengan ujian-Mu
cuma hendak mengadu kepada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah,maghfirah dan mutmainnnah...