Assalamualaikum,
Hari ini sudah sepuluh hari berlalu dalam bulan Muharram. Bermakna sepuluh hari yang lalu kita sama-sama menyambut Maal Hijrah dengan semangat hijrah yang berkobar-kobar. Nekad untuk melakukan perubahan. Hari ini, setelah sepuluh hari berlalu, apakah bukti yang kita tidak hanya pandai bercakap. Tidak menjadi salah seorang dari manusia yang dicela Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "wahai orang yang beriman, mengapa kamu cakap apa yang kamu tidak lakukan. Besar kemurkaan Allah terhadap orang bercakap tapi tidak melakukannya."
Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah kita mula melakukan perubahan? Apakah remaja hari ini yang dulu terlalu sibuk dengan hibura dan masaalah sosial yang tidak dapat dibendung lagi, sudah mula berubah. Sekurang-kurang menjadi manusia yang tahu apa dia lakukan adalah salah. Sekurang-kurangnya ada rasa takut dalam hatinya terhadap perciptanya.
Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah ibubapa mula mendidik anak-anak seperti yang Rasulullah. Mula merotan anak-anak yang tidak solat seawal umur 10 tahun. Mula mewajibkan anak-anak perempuan untuk memakai tudung seawal umur kecilnya. Biar, anak perempuan itu membesar dengan perasaan malu yang tebal dalam hatinya. Kerana Rasulullah bersabda, "kekuatan perempuan itu terletak pada malunya."
Setelah sepuluh hari berlalu ini. Sudahkah para pemimpin berhijrah? Tidak kiralah kita sebagai pemimpin keluarga, persatuan-persatuan, masyarakat, daerah, negeri, pemimpin negara hatta pemimpin dunia sekali pun. Sudahkah kita berhijrah dari telunjuk barat kepada Al-Quran dan Sunnah? Apakah para pemimpin kita sekurang-kurangnya sudah mula merancang untuk menggubal undang-undang yang selaras dengan apa yang diwahyukan. Apakah pemimpin kita sekurang-kurangnya, sudah mula mahu mengikut cara kepimpinan Islam CONFIRM berjaya dunia dan akhirat.
Wahai pemimpin hari ini. Sedarlah bahawa rakyat tidak melihat berapa juta yang kamu berikan kepada kami. Tidak melihat janji-janji manis yang seringkali ditabur. Tidak melihat berapa banyak projek pembangunan yang dilakukan. Kerana itu tanggungjawab kamu sebagai pemimpin. Tapi kami mahu melihat, jika masih terdapat manusia yang hidup di Malaysia ini hanya makan sepinggan nasi setelah maghrib. Maka kamu hanya layak untuk makan sesuap nasi sesudah Isyak. Itu yang rakyat mahu lihat. Kami mahu lihat, jika masih ada Rakyat Malaysia, yang berumahkan reban ayam, maka kamu hanya layak berumahkan sangkar burung. Itu yang kami lihat. Kami tidak mahu cerita tentang WIKILEAKS atau pemimpin itu, pemimpin ini terlibat dengan rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Kerana itu masaalah, and you suppose to start doing your job. Apa yang kami mahu tahu, apa yang kamu mahu lakukan untuk Rakyat. Melindungi rakyat bukan mayat. Membela Rakyat bukan penjenayah.
Selasa kalau tak silap, dalam surat kabar ada berita yang menytakan kerajaan berhasrat untuk meringankan hukuman termasuk bagi orang yang dijatuhkan hukuman BUNUH! Apakah negara kita cuba membela pesalah atau memberi peluang untuk Rakyat membunuh sekali seumur hidup? Jika kita orang yang paling BODOH dalam kamuniti kita sekarang, apakah hukuman yang sewajarnya untuk pembunuh? Dan jawapan itu kita tidak perlu dengar, yang perlu dengar adalah mereka yang lebih BODOH dari orang bodoh tadi. Untuk para pemimpin yang masih belum berhijrah dari menyokong undang manusia BODOH itu, kita harap satu hari ANAK atau IBUBAPA atau ISTERI mereka di BUNUH! dan kita lihat waktu itu, apakah hukuman yang PEMIMPIN itu mahukan. Kerana itulah saja cara mengajar orang yang BODOH.
Bagi para pemimpin dan seluruh umat Islam, jika hari ini kita sudahpun mula melakukan perubahan. Biar ianya sedikit, asalkan kita sudah mulakan langkah pertama kita. Alhamdulillah.Untuk para pemimpin yang sudah mula melihat lembaran sejara pemimpin-pemimpin hebat dunia seperti dua orang Umar, Muhammad Al-Fateh, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayubi, Hassan Al-Banna atau sudah mula belajar dari kepimpinan Ahmadinejad atau Tuan Nik Aziz yang mashyur tentang kehebatan kepimpinan mereka. Kita doakan pemimpin yang sudah mula berhijrah ini agar diberkati kepimpinannya dan bagi pemimpin yang belum masih di takuk yang lamu kita doakan juga agar mereka diberi HIDAYAH oleh Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya kita dibenarkan oleh Islam untuk mendirikan solat jenazah untuk mereka, kerana Al-Quran melarang kita dari menunaikan solat jenazah untuk mereka yang MUNAFIK.
No comments:
Post a Comment