Wednesday, October 13, 2010

Taklif laisa tasyrif

Assalamualaikum,
   Hari ini tiba-tiba aku teringat kenangan silam yang banyak mengajar aku erti kehidupan. SMA Izzuddin Shah, BADAR, LKP, semuanya termasuklah semua warga SIS. Mereka banyak mendidik aku. Belajar untuk bangun setelah mana jatuh, mengajar aku menjadi pemimpin yang tak faham apa itu TIDAK BOLEH!
   Fikiranku melantun ke satu suasana yang cukup tidak dapat aku lupakan. Selepas subuh, lokasi, kiri musolla, masa, sementara menunggu orang berpusu-pusu sarapan pagi di dewan makan selepas kuliah subuh ustaz Fahmi. Topik yang di bincangkan, kepimpinan dan nasib orang yang dipimpin. Bermula dengan kepimpinan yang baru naik, nuqaba' pelajar tingkatan 3, hingga ke peringkat sekolah, hinggalah ke peringkat kepimpinan negara. Tak lupa, kami juga ada musabah tentang kepimpinan kami selaku kepimpinan saf hadapan sekolah.
   Lokasi ke-2, masih lagi di musolla. Aku seringkali teringat perihal ini bila maghrib menjelma. Saban waktu aku berdiri di hadapan ratusan pelajar, memberi peringatan, teguran, kritikan tentang kepimpinan hari. Agar umat yang bangun dari kalangan manusia didepan mataku nanti menjadi pemimpin yang tidak mengulangi kesilapan yang berulang-kali. Mungkin aku terlalu ghairah untuk terjun dalam bidang ini. Aku suka politik? Aku suka politik, kerana dalam Islam ada politik. Dan politik adalah yang terbaik. Mengapa aku memilih jalan ini? Persoalan ini pernah diajukan kepadaku oleh seorang ustaz, dua kali.Aku tidak punyai jawapan, melainkan apa yang telah diberi oleh seorang rakan kepimpinan yang aku sendiri kagum dengan kepimpinannya. Jawapannya, kita perlu mengisi kerusi kepimpinan itu supaya kerusi itu tidak dicemari dengan orang yang tidak tahu memimpin.
   Benarkah kepimpinan hari ini rosak?aku tidak tahu jawapan anda, tapi personaly, aku akui kepimpinan hari ini rosak, dengan teruknya. Bukan merujuk kepada kepimpinan negara semata-mata. Tapi, setiap lapisan kepimpinan, bermula dari sekecil-kecil kumpulan keluarga, hingga kepimpinan kumpulan yang besar, persatuan-persatuan, NGO-NGO, perwakilan pelajar, hinggalah ke kepimpinan dunia. Kepimpinan inilah yang disebut oleh baginda Nabi Muhammad, "Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal tentang kepimpinan kamu."
   Bila menyebut perihal kepimpinan, teringat aku akan seorang lagi rakan kepimpinan yang tidak kurang hebatnya, dan aku rasa beliau adalah antara yang terhebat dikalangan kami. Lahir dari darah kepimpinan yang cukup disegani. Mungkin ada diantara pembaca tahu akan dirinya. Beliau ada mengingat kami, dan kepimpinan dunia amnya, negara khususnya. Jika mahu jadi pemimpin kita MESTI sanggup untuk jadi seorang Ibu, tempat bermanja. Sanggup untuk jadi seorang ayah, sentiasa bertanggungjawab. Jadi seorang kawan, tempat meluahkan perasaan. Jadi seorang guru, tidak pernah lelah mengajar. Jika tak mampu, jangan mintak untuk jadi pemimpin, kamu akan dicaci maki oleh rakyat.
   Mengapa pemimpin hari ini cukup marah bila dikritik, bila dikutuk, bila ditegur. Ada yang sampai sanggup memenjarakan orang mengkritik, menafikan hak mereka untuk bersama keluarga, menafikan hak rakyat untuk bercakap, menafikan pelembagaan malaysia yang tertulis bahawa MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI!
   Mari kini mengimbau beberapa contoh pemimpin yang dibawahnya tunduk 2/3 dunia. Beliau ialah Umar, dua Umar. Umar Al-Khattab dan cicitnya, Umar Abdul Aziz. Dalam satu cerita sejarah, dimana wakil sebuah negar datang ke madinanh untuk berjumpa Umar Al-Khattab dengan dengan perasaab tidak puas hati. Dia tiba dimadinah dan bertemu dengan seorang arab yang lusuh pakaiannya, duduk berlapikkan pelapah tamar dibawah pohon kurma, bersandar pada batang pohon itu. Lalu dengan perasaan marah, orang itu bertanya. "wahai arab, tunjukkan aku dimana Umar, Siapa Umar, dimana mahligainya, besar mana mahligainya, adakah lebih hebat dari Istana kerajaanku?" lau arab itu tersenyum dan bangun, dengan baju yang berdebu. dia berkata "akulah Umar, akulah Umar Al-Khattab." Lihat, bagaimana Umar tidak lansung mementing kekayaan disaat dia mampu untuk menjadi manusia yang paling kaya diatas muka bumi ini. Hanya bermahligaikan Istana yang bilamana dia tidur, kepalanya berada dipintu hadapan rumahnya, dan kakinya di pintu belakang rumahnya. Bila mana dia berdiri, kepalanya mencecah syiling rumah. Allahuakbar! dan ketika dalam pemerintahannya, tiada seorang pun yang layak menerima zakat kerana fakir miskin. Namun pun begitu, hatinya senantiasa takut pada Allah. sentiasa merasakan ada tanggungjawab yang blom dia laksananakan, merasakan dirinya pemimpin yang tidak adil. Contohnya, ketika mana dia sendiri yang memikul gandum, membawanya kerumah si ibu tunggal, membancuh teoung hingga menjadi roti dan menyuaokan ke mulut anak-anak ibu tunggal ibu selepas terdengar rintihan si ibu tunggal yang menjerang batu sambil menidurkan anak-anak yang kebuluran. Sehingga si ibu berkata, alangkah baiknya jika Umar yang melakukan semua itu. Subhanallah! Umar melaksanan tanggungjawabnya tanpa orang tahu dia adalah khalifah. Dalam kata lain, melakukan tanggungjawab hanya kerana takutkan Allah bukan untuk dikenali manusia.
   Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan. “Hai Sa’id! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims!” kata Khalifah Umar. “Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia,” kata Sa’id. “Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu!” balas ‘Umar marah. “Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Sa’id. Kemudian Khalifah ‘Umar melantik Sa’id menjadi Gabenor di Hims. Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?” “Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?” Setelah itu, Sa’id pun berangkat ke Hims.
   Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims. Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan juga nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa’id bin ‘Amir yang kalian sebutkan ini?” “Gabenor kami! “jawab mereka. “Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya Khalifah kehairanan. “Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.
   Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar. “Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai” ucap ‘Umar sedih. Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa ‘id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”
    Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa’id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?” “Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula. “Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. “Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar. “Dunia telah datang untuk merosak akhiratku.
Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita,” jawab Sa’id mantap. “Bebaskan dirimu daripadanya!” kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar. “Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa’id. “Tentu…!” jawab isterinya bersemangat. Maka Sa’id mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin. Subhanallah!
   Wahai bani insan, kemanakah menghilangnya pemimpin seperti Umar atau sekurang-kurangnya pemimpin seperti yang orang dipercayai Umar? Tidak mahukah kamu pemimpin seperti ini, pemimpin yang memastikan dia adalah manusia yang terakhir sekali makan pada hari itu. Moga-mago Allah akan menganugerahkan kita pemimpin yang hampir dengan mereka yang aku sebutkan diatas. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment