Monday, December 6, 2010

[AKU ANAK HARAM!]

Assalamualaikum,
   Firstly, saya mohon jutaan kemaafaan kerana kekangan waktu membuatkan saya tak mampu mencoretkan coretan dan memberi peringatan walaupun saya tahu ianya sangat penting di dalam Islam untuk memberi peringatan. Firman Allah, berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.
   Siapa orang yang beriman? Kita percaya dan beriman dengan rukun yang enam? Kita melengkapi rukun yang lima? Kita imani Al-Quran dan Hadith tanpa keraguan? Ya, kita orang yang beriman. Bila mana Allah berfirman, "wahai orang yang beriman, bersujudlah", maka tanpa keraguan dan ikhlas hati kita bangun untuk solat menyembahtuhan pencipta sekalian alam. Dan bila kita mendapati ada manusia yang tidak berolat, kita katakan iman manusia itu lemah. Dan bila mana ada segelintir manusia yang mengatakan tidak ada solat dalam Islam atau tidak perlu MELAKSANAKAN solat, maka kita dan termasuklah orang yang lemah imannya tadi pun akan mengatakan mereka itu sesat dan perlu dihalang.
   Dan bila mana Allah s.w.t berfirman, diwajibkan keatas kamu berpuasa. Maka seluruh umat Islam berpuasa. Hina sangat manusia dikala itu jika makan di tempat terbuka. Orang-orang yang dibenarkan tidak berpuasa pun malu untuk makan didepan orang lain. Malah, orang bukan Islam pun segan untuk minum walau seteguk air di tempat terbuka. Kerajaan kita mengambil serius tentang masaalah umat Islam yang tidak MELAKSANAKAN ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.
   Pelbagai perkara yang disebut didalam Al-quran, kita imani.Kita yakini. Tapi mengapa ketika mana Allah berfirman, "pencuri lelaki dan pencuri wanita, hendaklah dipotong tangannya" ketika mana Allah berfirman, "penzina wanita dan penzina lelaki hendaklah disebat 100 kali" kita seolah-olah tidak yakin. Kita seolah-olah mengatakan ianya tidak perlu. Malah apa yang menyedihkan ada pihak yang menyatakan ianya kolot. Undang-undang zaman purba dan amat menyedihkan ianya satu permainan politik yang semakin hari semakin kotor, semakin hari semakin kotor.
   Wahai umat Islam, pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri, kenapa jika kita kata solat itu kolot, kita dianggap sesat, tapi kenapa kita mengatakan hudud itu kolot, kita tidak dianggap sesat? kenapa, jika kita tidak MELAKSANAKAN solat, kita dianggap berdosa, tapi jika tidak MELAKSANAKAN hukum ALLAH, kita tidak dianggap berdosa. Mengapa manusia mengecam orang yang makan di tempat awam dikala bulan Ramadhan, tetapi tidak mengecam orang yang tidak menggunakan hukum Allah sebagai undang-undang.
   Ramai manusia di Malaysia, ramai dari kita berilmu, berakal. Perkara ini kita boleh fikir secara logik. Hukum yang saya sebutkan diatas bukan diambil dari buku yang berbeza-beza. Datang dari sumber yang satu. Datang dari kalam Allah yang sama. Dengan arahan yang sama. Dengan nada ketegasan yang sama. Tapi seolah-olah kita lebih bodoh dari apa yang kita sangkakan.
   Kita seperti buta dan bodoh. Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Pelbagai undang-undang yang kita gubal. Adakah kes-kes jenayah hai ini semakin berkurangan? Bodohlah bagi orang yang mengatakan kita dalam keadaan yang tidak membimbangkan kerana kes-kes jenayah semakin hari semakin baik. Setiap jam, ada nyawa yang terkorban, setiap jam ada orang yang dirogol, setipa jam, ada manusia yang berzina, setiap jam, ada bayi yang akan dilhirkan dan dibuang. Jadilah bayi itu, bayi pakai buang. Hari ini ini kita berbangga, "aku anak Malaysia". Jangan sampai satu hari nanti rakyat malaysia berbangga dengan "AKU ANAK HARAM!"
   Jadi marilah kita mengambil kesempatan di tahun baru ini untuk kita fikirkan kembali, adakah kita orang yang beriman? Biar sudah 40 tahun kita memperjuangkan perkara yang salah, marilah menghabiskan sisa hidup yang mungkin tinggal lagi satu dua tahun untuk memperjuangkan perkara yang benar. Bukan kerana parti, bukan kerana kepentingan individu tertentu, tapi hanya KERANA ALLAH!

No comments:

Post a Comment