Salam Maal Hijrah,
Apa hijrah pada kita? Sekadar melihat kalendar saban hari kita tinggalkan. Sibuk dlm kedunian yang dicipta BARAT, tiba-tiba kita tahu hari ini sudah masuk tahun baru. Itu pun kerana hari ini cuti, kalo tidak mungkin kita lansung tidak sedar. Kita umpama puppet kepada dunia BARAT. Apa ada pada barat? mengapa seringkali kita mengikut telunjuk jari mereka? Mengapa kita tidak pernah berfikir? Mengapa tiada MENGAPA dalam hati kita saban hari.
Tidak kita terfikir, mengapa seringkali saudi akan cepat sehari merayakan aidilfitri atau aidil adha dari kita. Pernah kita melihat perayaan ini disambut lebih lewat dari kita? Padahal, mengikut latitud yang dicipta barat, mereka terletak 5jam lewat dari kita. Pernah kita terfikir, apa hikmahnya Allah mencipta kiblat di masjidil haram. Cuba kita fikirkan, di satu bandaraya, jika semuanya tertumpu pada kawasan itu, pentadbirannya, urusan keluar masuk dalam negerinya, pusat ekonominya, dan limpahan manusia keluar masuk darinya saban hari. Tidakkah dinamakan ia sebagai pusat bandaraya. Semua orang macam tu. Jadi bila mencipta satu tempat untuk menjadi tumpuan semua umat Islam, tumpuan dari Ibadat, dari segi muamalah, dari segi ukhuwwah, perlukah sampai Allah kena cakap "wahai manusia latitud sebernya bermula di Mekah". Tapi bila barat mengatakan matahari itu terbit dari Jepun, maka satu dunia mengatakan matahari itu terbit dari Jepun.
Seperti juga sistem pendidikan kita. Dalam dunia yang dicipta barat, dalam sistem pendidikan hari ini. Di Dunia amnya, khususnya di Malaysia. Adakah kita dapat mencapai sekurang-kurangnya menyamai taraf pendidikan yang dicipta dunia Islam satu ketika dahulu. Jika kita berani untuk cakap sistem pendidikan Islam kolot. Beranikah kita cakap bahawa doktor yang lahir hari ini lebih hebat dari IBNU SINA. Kebodohan barat tidak dapat diselindung bilamana terpaksa menggunakan silibus yang disusun IBNU SINA sebagai rujukan golongan pelajar medik hari ini.
Jadi apa makna hijrah pada kita. Kita tidak ada peluang untuk berhijrah dari mekah ke madinah 1432 tahun dahulu. Tapi kita masih ada peluang untuk Hijrahkan masyarakat hari ini, dunia hari ini kepada yang lebih baik. Bermula dari pucuk kepimpinan, hinggalah kepada rakyat jelata. Para pemimpin, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Pemimpin yang tidak menjadikan rakyat sebagai pekerjanya, bukan mengajak rakyat bekerja bersamanya. Tapi bekerja untuk rakyat. Jadi bila pemimpin bekerja untuk rakyat. Pekerja tidak boleh lebih kaya dari majikan, pekerja tidak boleh makan sebelum majikan. Pekerja perlu susah untuk majikan. Fikirkan, jika kita sebagai majikan, apa yang kita akan lakukan jika pekerja kita curi tulang, mencuri harta kita, melakukan bukan seperti kehendak kita?
Pemimpin yang hebat bukan datang dari golongan miskin kemudian menjadi golongan kaya, tapi datang dari golongan orang kaya-kaya tapi akhirnya menjadi miskin. Lihat pemimpin-pemimpin yang berjaya seperti Rasulullah contohnya, lahir dari golongan bangsawan quraiys. Tapi wafat dengan hanya meninggalkan baju besi yang akhirnya perlu digadaikan untuk melangsaikan hutang. Jadi para pemimpin yang memimpin hari ini, jika anda rasakan wakil rakyat itu satu karier, menteri itu satu sumber rezeki. Anda silap. Wakil rakyat adalah hamba abdi kepada rakyat, dan menteri itu adalah pencacai negara. Bukan menghina, tapi untuk memberi figure tentang tugas kita masing-masing.
Bila kepimpinan kita sempurna, InsyaAllah orang yang dipimpin juga akan sempurna.
terima kasih..syukran awi2 copy!
ReplyDelete