Monday, October 11, 2010

Al-Quran

   Sejauh mana kita yakin pada kalamullah? keseluruhannya kah? separuh kah? sebahagian kah? bagaimana kita meyakininya? Yakin, kerana orang lain yakin? yakin kerana orang kata kalau tak yakin, murtad? atau yakin kerana ianya datang dari Allah?
   Meyakini setiap patah perkataan yang tertulis dalam Al-Quran adalah satu kewajipan. Contohnya, "katakanlah Allah itu satu."(surah al-ikhlas ayat 1). Kita pun yakinlah bahawasenya Allah itu esa. Tidak ada anak dan tidak pula diperanakkan. Betul. Bagaimana dengan ayat ini, "jika kami letakkan al-quran itu diatas gunung, maka hancur berkecailah gunung-ganang kerana takutkan Allah" anda percaya? dan ayat ini, "pencuri lelaki dan pencuri wanita perlulah dipotong tangannya" anda yakin?
   Mungkin kita hanya menggunakan Al-Quran bila ada kepentingan, bila ianya selari dengan kemahuan kita. Dan jika ianya tidak selari dengan kepentingan kita, kita menolaknya. Mungkin juga kita cuma rasa, jika kita cakap tuhan itu ada anak atau tuhan itu bukan satu, kita dianggap murtad. Tetapi jika kita cakap, pencuri tidak perlu dipotong tangannya, atau kita anggap hanya orang alim sahaja yang perlu tutup aurat, yang perlu solat. Itu tidak dianggap murtad?
   Cuba kita renung, kesemua ayat dan dalil diatas diambil dari satu sumber yang sama. Tetapi mengapa kita cuma menganggap menolak sebahgian ayatnya murtad, dan menolak sebahgian yang lain tidak? Adakah kita tidak benar-benar yakin dengan Al-Quran? Al-Quran yang menyatakan bahawa mati itu pasti dan masa kematian adalah rahsia Allah. Adakah anda tidak percaya bahawa Allah berfirman, di akhirat kelak, manusia akan meminta kepada Allah supaya dikembalikan kedunia, ketika mana dia melihat azab Allah yang maha dahsyat. Adakah anda tahu bahawa Allah merakam dialog dimana Allah menyakan soalan kepada manusia yang diazab : "Tidakkah sampai kepadamu seorang yang memberi peringtan(yang memberitahu perihal Islam)? maka jawab manusia, ada tapi kami katakan kepadanya bahawa apa yang dikatakan olehnya adalah bohong semata-mata". Ayat tersebut juga merujuk kepada manusia yang tidak menyatakan secara terang-terangan menggunakan lisan, seperti manusia yang masih lagi berpakaian tidak menutup aurat sedangkan dia tahu bahawa menutup aurat itu wajib.
   Apakah kalian sebenarnya tidak yakin dengan Al-Quran? Ramai manusia hari ini tidak benar-benar yakin dengan Al-Quran keran tidak pernah belajar memahaminya. Jika kalian baca dan faham, kalian akan dapati disana ada tanda-tanda bahawa Al-Quran itu benar dan benar dengan logik akal manusia. Contohnya tentang ayat yang menerangkan tentang proses kejadian manusia. Al-Quran menulis dengan detail tentang proses itu, selain itu, Al-Quran juga menerangkan tentang sains dan teknologi yang melangkawi abab ini. Contohnya, kita masih lagi mengkaji tentang berapakah sebnarnya planet di sistem suria kita? 9? 10? Anda tahu mengapa mereka terus mencari satu planet ke satu planet? Adakah para saintis barat hanya mencuba nasib sambil hobi mereka meneroka planet-planet disistem suria? Tidak! kerana, Al-Quran menyatakan bahawa planet di sistem suria kita ada 11 planet kesemuanya dengan membuktikan bumi mempunyai satu bulan. Contoh kedua, Allah telah berfirman 1400 tahun dahulu bahawa dia akan mengenali manusia dengan ibu jari mereka.Hari ini, setelah 1400 tahun, barulah manusia dapat mengecapi teknologi itu.
   Sedarlah wahai manusia, apa sebenarnya tujuan kita hidup? Mengapa kita dihidupkan? Lihatlah, fikirlah, orang yang mati disekeliling kita, kemana mereka pergi? Apa yang terjadi sebenarnya? Kenalilah Tuhan kita.

No comments:

Post a Comment