Assalamualaikum,
Tahukah anda, selama hari ini kita mengejar kematian kita? dan sebenarnya setiap hari umur kita semakin pendek bukan semakin panjang. Jika hari ini kita berumur 20 atau 21 tahun, dan hayat kita ditakdirkan sekitar 60 ke 70 tahun, bermakna baki hidup kita hanya tinggal sekitar 40 ke 50 tahun. dan setiap hari umur kita akan berkurang. Kerana janji Allah, dia tidak akan mempercepatkan atau melambatkan kematian manusia walaupun sesaat. Subhanallah!
Ada satu kisah di zaman Nabi Sulaiman. Dimana ketika itu Nabi Sulaiman sedang duduk di dalam majlis bersama-sama sahabatnya. Datang seorang hamba Allah mengadu akan hal.
"Wahai nabi, ada seorang hamba Allah dari tadi asyik merenung kearahku." kata lelaki itu.
"Kamu kenal lelaki itu?" tanya Nabi Sulaiman.
"Tidak wahai nabi."
"Ketahuilah dia ialah malaikat maut, datang untuk mengambil nyawamu."
Mendengar apa yang diperkatakan oleh Nabi Sulaiman, dia menjadi amat gelisah, lalu dia meminta Nabi Sulaiman menghantarnya ke suatu pulau yang sangat jauh dari situ. Lalu tanpa banyak bicara Nabi Sulaiman pun menghantarnya ke suatu pulau yang sangat jauh dari situ. Dengan sekelip mata, dia tiba di pulau itu, dia merasa lega kerana menjangkakan dia sudah terlepas dari kematiannya. Namun, seketika kemudian nyawanya diambil oleh malaikat. Sebenarnya, seketika tadi malaikat melihatnya dengan penuh curiga kerana hairan. Kematian lelaki itu sudah sangat hampir, tapi kematiannya sangat jauh dengan tempat itu. Dan apabila Nabi Sulaiman menghantarnya ke pulau yang sangat jauh itu, tempat yang ditulis sebagai tempat kematiannya, dan cukup masanya, malaikat pun mengambil nyawanya. Lihat, bagaimana lelaki itu mengejar kematiannya.
Seperti juga kita, kadang-kadang kita berada di Terengganu misalnya, dan kita terasa ingin pulang ke Perak contohnya. Padahal, tiada hal penting pun yang menunggu di Perak. Ditakdirkan kita kemalangan, di Perak. Itulah dikatakan mengejar kematian. Kita di Terengganu, tiada apa di Perak, tapi kematian kita di Perak. Mungkin jika tinggal sahaja di Terengganu, wallahua'lam.... tapi sebab kematian kita menunggu di Perak, kita pergi mengejarnya. Seperti juga orang ditukarkan ke hospital yang lain, kemudian mati. Mungkin sebab, kematiannya bukan di hospital sebelumnya, kematiannya menunggu di hospital yang lain lalu dia pergi mengejar kematiannya. Setiap hari kita mengejar kematian kita.
Jika hari ini kita menyambut ulang tahun kelahiran kita yang ke 20, sebenarnya kita sudahpun meninggal 20 tahun. Kerana kita tidak dapat mengubah apa-apa pun, malah tidak dapat patah kembali 20 tahun itu. PERSOALANNYA, andaikata tiada esok bagi kita, dimana kita? Syurga? atau Neraka? Fikir-fikirkanlah.
Cuba kita tanye mana-mana ustaz, or mana-mana orang yang kita rasa alim. Tanye dia, kalo dia mati sekarang, agak-agak masuk syurga tak? agak-agak ape jawapan die? confirm dia jawab tak kan? bukan sebab die merendah diri, tapi itu hakikat. Dia tidak yakin menjadi salah seorang manusia yang bakal masuk syurga.
Allah berfirman, orang yang masuk syurga banyak dari golongan yang terdahulu, dan sedikit dari golongan kita yang akhir ini. Dan ada hadith yang meriwayatkan bahawa, nisbah orang yang masuk syurga adalah seperti seekor kambing hitam yang cuma ada satu jalur nipis, memanjang dari kepalanya hingga ke ekornya. Jalur putih itulah perumpamaan manusia yang akan masuk ke syurga. Kalau mereka yang alim atau ustaz2 pun xconfirm boleh masuk syurga. kita? Yang rasa cukup dengan solat lima waktu sahaja, puasa dibulan ramadhan, tak pernah tinggal buat dosa kecil, tutup aurat ikut suka bukan ikut hukum. kenal Allah, tapi tak penah dengar apa yang Allah cakap, kenal nabi, tapi jarang berjumpa dengan hadith. Al-Quran dan Hadith umpama surat cinta dari Allah dan Rasulnya, dalam hati orang yang Allah anugerahkan tempatnya di syurga, salah satu tandanya dia mencintai Allah dan Rasulnya. Jika dia mencintai Allah dan Rasulnya, surat cinta itu dia akan baca setiap hari, dan mana ada dalam dunia ni, manusia bercinta tapi tak faham apa yang kekasih dia tulis dalam surat cintanya.
Berat nak cakap yang kita ni golongan orang yang confirm masuk NERAKA, syurga? InsyaAllah.... Susah ke nak masuk syurga? Tak susah tapi tak begitu mudah. Terutama wanita. Nabi cakap, wanita adalah orang yang paling senang masuk syurga, tapi paling banyak masuk neraka. Cukup rasenye sampai disini dulu, insyaAllah ada masa kita sambung lagi. Untuk persoalan hari ini, same-samelah kita fikirkan.
assalamualaikum w.b.t
ReplyDeletesalam ziarah.. terima kasih atas
perkongsian ilmu yg bermakna ini..
semoga allah sentiasa mempermudahkan
setiap hamba nyer dalam melakukan
kebaikan.. ameen :)