Tapi aku terlalu mencintaimu, hingga aku tidak tega melihat kamu menderita berabad lamanya disana nanti, di tempat yang kekal abadi. Di tempat yang bisa aku mencintaimu selama-lamanya. Tempat yang bisa untuk kamu jadi seperti mana yang kamu mahu.
Aku tidak akan malu jika manusia mengatakan itu dan ini kepadamu. Aku tidak akan berasa segan jika manusia mengatakan kamu ketinggalan zaman. Biar kamu menjadi wanita yang paling hodoh dimata manusia, asalkan kamu terindah dimata Allah. Biar aku gembira kerana Allah memuji kamu di hari itu. Biar aku terlalu gembira jika kita tidak ditinggalkan Allah.
Aku tidak akan pernah menyuruh kamu menutup auratmu, jika ianya bukan perintah Tuhanku. Aku tidak akan pernah memaksa suaramu direndahkan, jika aku tidak merasa malu dengan Allah. Aku tidak akan pernah mencintaimu, jika kamu berani meletakkan cinta dihapan CINTANYA.
Aku tidak pernah mengharapkan cintamu. Aku tidak perna gembira mencintaimu. Andai harganya adalah cinta Allah. Aku tidak akan pernah menyesal hidup ini, miski tanpamu. Jika gantinya cinta dari Allah.
Satu hari aku berjalan menuju cintanya. Aku terlihat kamu, terduduk lemah. Seolah-olah tidak berdaya. Aku bertanya kepadamu, mahukah menemani jalanku. Kamu menganggukkan kepala. Aku berkata, jalanku terlalu sempit, penuh dengan duri yang tajam. Penuh dengan ejek tawa orang. Penuh dengan sempadan dan larangan. Penuh dengan bauan yang tidak disenangi. Penuh dengan lingangan airmata. Kamu masih mahu menemaniku. Hari ini, sedang kita berehat di persimpangan, aku bertanya lagi, mahu terus ikut menemaniku, jalanku akan seringkali keseorangan. Ditinggalkan kawan, didampingi kesepian. Tapi kita akan keseorangan. Kamu bertanya kepadaku. Apa yang menanti untuk kita di penghujung jalan ini? Kataku, MENCINTAI DAN DICINTAI JUSAT THE WAY YOU EVER WANTED. Kau tersenyum. Pejuangan ini pahit, kerana syurga itu manis.
i post it coz somebody said that i could the world...
ReplyDelete