Saturday, January 1, 2011

[AHLI NERAKA!]

"Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim]"


   Mendengar hadith diatas pun sudah cukup membuatkan hati manusia berasa gerun. Hatta binatang sekali pun jika faham akan tulisan itu, nescaya berasa amat gentar sekali. Tambahan pula itu adalah hadith dari Imam muslim, yang hanya meriwayatkan hadith soheh. Hadith bertaraf ini boleh jatuh murtad jika kita tidak beriman dengannya. Maafkan saya jika salah.
   Dua golongan diatas, seringkali dikaitkan dengan neraka. PEMIMPIN dan PEREMPUAN. Dalam hadith ini Rasulullah memberi amaran kepada pemimpin yang memegang kuasa, dan menggunakan kuasanya untuk menghukum sesiapa saja yang dikehendaki. Atau dalam makna kata yang lain, menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri.
  Dalam dunia hari ini, kita seringkali dapat melihat pemimpin yang sebgini. Kerana sudah sampai masanya. Masa disebut oleh baginda Rasul dalam hadith diatas. Tetapi pemimpin hari ini umpama si buta yang melihat neraka. Umpama si tuli yang mendengar irama azab. Jesteru itu marilah semua kita sedar, kerana kita adalah pemimpin dan mempunyai hak menentukan kepimpinan kita. Ketahuilah bahawasanya semua ini adalah pinjaman Allha semata-mata. Kepimpinan ini adalah hak Allah. Dan hambanya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang Allah mahu. Ingatlah, Allah ada berfirman dalam Al-Quran, bahawa di akhirat nanti, Allah akan mengumpulkan semua pemimpin-peminpin dunia. Presiden2, perdana menteri2, raja2, sultan2 dan sebagainya. Dan Allah akan berfirman. "Siapakah raja pada hari ini!?"
   Dan golongan kedua, adalah wanita yang disebut oleh nabi sebagai manusia yang paling mudah masuk syurga tetapi paling ramai didalam neraka. Kerana mereka selalu salah faham tentang Islam. Mereka rasa mereka faham Islam, tapi sebernya mereka tidak faham. Mereka tidak tidak tahu yang mereka tidak faham. Kesian. Ramai perempuan ingat perempuan wajib pakai tudung. Sebernya tidak. Yang wajib adalah menutup aurat, bukan memakai tudung.
   Aku seru semua wanita2. Segeralah mencari kefahaman yang sebenar. Tangrifan yang sebnar, tentang Islam. Tentang aurat. Jangan asyik kita ditupu oleh hati yang depengaruhi syaitan bahawa tudung labuh, baju labuh, stoking adalah untuk org alim sahaja. BUKAN! kita selalu silap. Dalam Isalam takde benda yang untuk orang alim sahaja. Solat itu 5 untuk semua manusia, tak kira alim ke tak. Puasa itu sebulan untuk orang alim atau tak. mengapa tiba pada aurat, ia hanya untuk org alim. Fahamlah, ketahuilah. Aurat perempuan tidak ada pencanggahan dalam mana2 hadith. Melainkan semua mengatakan aurat wanita itu kesemuanya melainkan dua tapak tangan dan juga muka. DAN, TIDAT KETAT. Berapa ramai perempuan yang ingat mereka menutup aurat tetapi sebernya mereka BERTELANJANG. Astaghfirullah...
   Semoga tahun baru ini menjadi batu loncatan untuk semua merubah dan merubah dunia. Andaikata esok tiada lagi bagi kita. Adakah kita akan ke SYURGA ALLAH. Fikir-fikiranlah....

No comments:

Post a Comment