Sunday, August 14, 2011

[Aku Hanya Umar]


Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi


?Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

Saturday, July 23, 2011

[Perisai Nabi]

Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyirikin
Sedang darah para syuhada’
Masih merah di lantai sirah
Ketamakkan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka

Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilangan
Dan setelah dikenal pasti
Dia hamzah perisai nabi
Biar nyawa dikorbankan
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat
Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah
Lailahaillallah
huwa saiduna hamzah asadullah
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah
Sudahkah puas hatimu Hendun
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat

inTeam : Hamzah Assadulah

Tuesday, March 29, 2011

[Ngam Ho] - Dedicated to all my BROTHERS///

A... o...
Biskut rendam kopi o...
A... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho
Orang panggil hero

lu hebat ada hebat lagi
lu ligat ada ligat lagi
Boleh untung mesti boleh rugi
Takut kalah jangan main judi
A... a...

A... o...
Biskut rendam kopi o
A... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho orang panggil hero

lu kaya ada kaya lagi
lu lawa ada lawa lagi
Ada mawar mesti ada duri
Takut sakit baik pergi mati..

Wednesday, March 16, 2011

Puteriku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

-HIJAZ-

Wednesday, March 9, 2011

[PHOENIX BANGKIT DARI ABU]

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta

-m.nasir-

Sunday, March 6, 2011

[ADAKAH PEMIMPIN KITA ZALIM?]

   Zalim. Apa yang dimaksudkan zalim. Membunuh? Menyiksa? Mendera? Bukan semata-mata itu. Takrifan zalim ialah "meletakkan sesuatu BUKAN pada tempatnya.". Ini bemaksud apa saja yang kita lakukan, yang kita letak bukan pada tempat yang sepatutnya. KITA ADALAH ZALIM.
   Contoh, mengapa menganggap pembunuhan itu zalim. Pembunuhan ada yang dibenarkan malah ada yang wajib. Contoh dibenarkan seperti berperang atau hukum balas bunuh. Dan wajib seperti hukum hudud, rejam sampai mati kepada penzina perempuan dan lelaki yang sudah berkahwin. Dan ada pembunuhan yang ZALIM. Membunuh sesuka hati, membunah orang yang tidak bersalah. Mengapa ia dikatakan ZALIM? Sebab kita meletakkan peluru kedalam kepala, walhal peluru xsepatutnya berada didalam kepala orang tersebut. Ini bermakna kita sudah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
   Bukan nanti melibatkan nyawa, atau dipandang kesian oleh sesetengah orang. Meletakkan songkok diatas lantai pun dianggap ZALIM. Sebab, songkok sepatutnya diletakkan di kepala bukan diatas lantai. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sama seperti enjin kereta, kereta kancil g letak enjin skyline. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
   Sebab dan alasan inilah menjadi punca rakyat di Mesir dan beberpa negara di seluruh dunia bangkit. Kerana menentang kezaliman itu WAJIB. WAJIB, buat dapat pahala xbuat BERDOSE. atau buat, masuk SYURGA, xbuat masuk NERAKE. Adakah dose dan nerake lebih ringan jika dibandingkan dengan ISA atau setaraf dengannya. Mengapa Mubarak dikatakan ZALIM? Mubarak mempunyai harta kekayaan yang melibihi 70bilion dan rakyatnya, mejoriti fakir&miskin. Dikatakan, jika diagih semua hartanya kepada seluruh penduduk Mesir. Setiap seorang akan mendapat 120ribu. Ini yang dikatan zalim. 120ribu itu sepatutnya diletakkan pada poket RAKYAT. Tapi Mubarak meletakkan harta RAKYAT, HAK RAKYAT dalam poketnya.
   Bukankah TAAT kepada pemimpin itu WAJIB? Allah berfirman. "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH, Dan taatlah kepada RASUL, dan KETUA DIKALANGAN KAMU." Maksud ayat itu kita disuruh taat kepada Allah, RasulNya, dan ketua dikalangan kamu. Bukan sekadar ketua, tetapi ketua dikalangan KAMU. Siapa dikalangan kamu itu? RAKYAT? bukan sekadar rakyat. tapi "YA AYUHALLAZI NAAMANU" "WAHAI ORANG YANG BERIMAN." maksud ketua dikalangan kamu ialah ketua dari kalangan orang yang beriman.
   Apa yang dikatakan BERIMAN? adakah sekar ISLAM? Sekadar ketua negara ISLAM? TIDAK! orang beriman ialah orang yang buat semua benda yang ada dalam AL_QURAN&HADITH. Termasuk, cara berpolitik dan UNDANG2 ISLAM.
   ADAKAH PEMIMPIN KITA ZALIM? Jika mereka tidak ZALIM, mengapa masih ada RAKYAT yang tidur dalam REBAN AYAM, sedang  mereka duduk kt dalam mahligai? mengapa ada WAKIL RAKYAT yang masih memliki lebih dari satu banglo mewah, sedang ada RAKYAT dikawasannya yang duduk dalam rumah setaraf dengan kuncing dan anjing. Jika mereka tidak ZALIM, KEMENANGAN yang sepatutnya diletakkan kepada SESEORANG itu diletakkan kepada ORANG LAIN? Jika mereka tidak ZALIM, mengapa ada manusia yang diletakkan didalam ISA sedang manusia sepatutnya diletakkan dirumahnya? Bukankah duit itu sepatutnya diagihkan kepada RAKYAT. Kerana duit itu HAK RAKYAT. Ingat PERDANA MENTERI, MENTERI, WAKIL RAKYAT, kamu semua adalah AMAH kepada RAKYAT. KAMI adalah majikan kamu, sebab KAMU mintak kerja dekat kami. KAMI yang bagi kerja dekat kamu. Bukan macam SULTAN yang sediakala dilahirkan sebagai pemerintah.
   Jadi marilah sama fikirkan. Hidup ini sementara. Aku lebih rela berjalan ke TALI GANTUNG, duduk dalam ISA. Kerana itu TIDAK buat hati aku berasa TAKUT lebih dari TAKUT DUDUDK DALAM NERAKA.
Akhirnya aku tinggalkan kepada kalian satu hadith buat fikirkan bersama, Rasulullah s.a.w bersabda "AKU TIDAK PERNAH TAKUT PADA RAJA-RAJA(PEMBESAR2)". Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, February 22, 2011

[BETUKE PEMIMPIN KITA PIKIR PASAL KITE?]

Petang tadi dalam kepadatan jam otw nk balik umah, aku dengar berita kt hot.fm. Kerajaan beri jaminan harga minyak petrol ron95 xkn naik dlm masa terdekat. Alhamdulillah, tapi sampai ble? sampai ble waktu terdekat tu? malam ni? malam esok? dlu, sehari sebelum naik harge, dh dibgtaw... leh ar prepare. Ni, tgh2 mlm tibe2 harge naik... dh mcm seludup ganja plak. Dlu naik2, ade ar sekali due turun skit... ni naik je, menag je, naik, menang je, naik. hmmm....
   Aku bkn ape, cube korang pikir, kite yg ade berduit sket ni pn pening harge minyak naik... org yg dok pakai evo pn dh isi ron95 skrang, sian evo die... tapi atleast kita masih ade pilihan. mungking bleh kurangkan fule dlm makanan, tambahkan dlm senyuman, boleh kurangkan berjalan, banyakkan beriktikaf, boleh banyakkan minum air masak, kurangkan air kaler.  Tapi, ape nasib saudare kita yg kt luar bandar sane, atau yang dok kt flat di tengah ibu kota. yang ade anak lima enam org, gaji keluarga xsampai lima ratus. yang xpernah cukup gula dlm makanan, yang xpernah merayau sini sana, yang hanya minum air masak yang xde kaler? yang dlu cukup dngn rm3 seminggu minyak dituang dlm honda cup rapuh milik sepenuhnya die. skrang mungkin dh jadi rm5 seminggu. Kita mgkn xterase, diorang? Bila harga minyak naik, mulalah harga gule naik, gas naik, barang2 naik.... diorang yg xpenah cukup makan tu nk makan ape...? aduih hai....
   Kadang2 aku pikir, waktu kite rase terlalu sempit bila harge minyak naik, ape yang diorang tu rase e...? Kita dok ckporg tu selfish, org ni selfish, tapi kita? Tolonglah PEMIMPINKU... janganlah pikir pasal perut sendiri je... tolonglah org yang masih ditakuk lame...jngn ar nk pikir pasal populariti, nk famous, nk jadi pemimpin, nk org kenal. cukuplah...
   Aku slalu teringat kisah saidina umar yang tidak mkn selagi semua rakyatnye makan, yang xpernah kenyang dari rakyatnye, yang xpernah cukup tidur dari rakyatnye, yang xpernah selesa dari rakyatnye, yang xpernah dahulukan dirinya dari rakyatnya. Umar xpenah ckp pn, RAKYAT DIDAULUKAN, umar xpenah ckp pn CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. Umar xpenah ckp pn akan turunkan harge minyak kalo menag itu ini. Tapi umar BUAT xpayah ckp...
   Aku harap pemimpin kita sedar dan Allah beri mereka hidayah. Bagitu juga dengan pengikut-pengikut mereka. Aku rase, kalo semua org taw cerite umar, mesti mereka teringin nk pemimpin mcm beliau. Fikir-fikirkanlah, BETULKE PEMIMPIN KITA PIKIR PASAL KITA?

Tuesday, February 15, 2011

[Pemergianmu]

Assalamualaikum,
   Saudaraku, nabi xpenah suruh kita sambut hari kelahiran dan para sahabat tidak pernah meraikan sebelum mahupun selepas kewafatan baginda. Cuma kita, yang terlalu typical dengan sambutan hari jadi yang saban tahun bodoh2 menyambut harijadi baginda tanpa motif dan sebab. Mencintai baginda?
   Apakah kalian tahu, tarikh lahir baginda sama dengan tarikh kewafatan baginda. Ini bermakna, setiap tahun kita sampai ke hari ini. Selain dari hari ini merupakan hari kelahiran baginda, hari ini juga merupakan hari yang paling sedih dalam sejarah Islam. Kerana kekasih mereka, kerana pemimpin mereka, pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. 
   Marilah hari ini kita cuba mengimbau kembali saat kematian baginda agar kita sedar betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh.


Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.



   Saudaraku, aku sedih melihat kartun yang menghina nabi, aku tidak marah melihat pelbagai fitnah dilemparkan kepada baginda oleh orang yahudi dan nasrani, aku tidak pernah kesah mereka menghina nabi. Kerana memang itu mereka. Kerana mereka memang tidak mencintai dan dicintai Nabi. Kerana mereka orang kafir!
 Tetapi yang aku sedih melihat ramai dari ummatnya, ummat yang dicintainya yang menghina baginda, yang mengkritik baginda, yang mendustakan baginda, yang lari meninggalkan cintanya.
   Bukan dari golongan ajaran sesat. Tapi KITA, kita yang sesat. Kita yang bila rasulullah kata "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara" itulah harta pusaka yang paling berharga ditinggalkan oleh nabi untuk ummat kesayangannya. Tapi hari ini kita katakan ianya tidak relevan. Islam itu syumul, sempurna meliputi segala aspek. Ekonomi, kehidupan, muamalah, sukan, Politik, segalanya. 
   Tapi kita hari ini, xpernah ingat padabaginda. Mencintainya bukan sekadar berselawat kepada baginda. Tapi, dalam setiap nafas kita ada baginda. Setiap kali kita tinggalkan pesan baginda, setiap saat itulah kita menghina baginda.
  Aku tinggalkan kepada kamu beberapa soalan, agar kita boleh berfikir. Jika nabi masih lagi hidup hari ini, adakah anda akan MENGUNDI baginda sebagai pemimpin. Adakah anda sanggup memansuhkan kesultanan menggantikan baginda? Adakah anda sanggup menyerahkan segala kepimpinan kepada baginda? dan anda rase, berape puluh sen kah harga seliter minyak kita? kerana Nabi ade bersabda "Ulama' itu pewaris kepada Nabi" fikir-fikirkanlah...

Friday, February 11, 2011

[IZINKAN AKU REGUK CINTAMU]

Izinkan Aku Reguk Cintamu

Aku Bertasbih
Bukan hanya karena
Takut akan
Azab nerakaMu

Aku Bertahmid
Bukan hanya karena
Ingin merebut
Nikmat surgaMu

Aku Bertakbir
Seluruh jiwa dan raga
Karena sungguh
MendambakanMu
MerindukanMu
MencintaiMu
Kekasihku

Izinkan aku
Membasahi sajadah
Bersimbah air mata
Di dalam sujud

Izinkan aku
Runduk memohon ampun
Lafazkan taubat
Dan Istighfar

Oh... Engkaulah yang Maha Perkasa
Oh... Engkaulah yang Maha Segalanya

Yaa Allah.. Yaa Rahman.. Yaa Rahim
Yaa Karim
Segala puji bagiMu
Izinkan aku reguk cintaMu

Wednesday, February 2, 2011

[Kita kekurangan ANAK HARAM!]

Dalam sehari dua lepas aku dengar khabar angin yang mengatakan salah sebuah IPTA di Malaysia bercadang untuk campurkan kawasan asrama mahasiswa dan mahasiswi. Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa tahun mencari formula bagaimana nak menaikkan prestasi populasi manusia HARAM di Malaysia, IPTA yang bernaung di negeri Islam Hadhari ini akhirnya berjaya menemukan formula 'bernas' ciptaan manusia BODOH ini.
   Benar, semenjak mendengar berita kes kelahiran bayi di kampus kotanya dua tahun yang lepas, baru sem lepas kita dengar balik kes org buang bayi di dalam toilet siswi sehari dua sebelum cuti akhir sem. Nampaknya jarak kedua-dua kes itu terlalu jauh sehingga merunsingkan pelbagai pihak terutama di IPTA tersebut. Mereka merasakan kita terkebalakang dalam usaha melahirkan anak-anak haram yang grad universiti seawal umur satu dua hari.
  Setelah dikaji, mereka mendapati masaalah ini timbul kerana siswa kurang TERANSANG dengan kehadiran siswi yang berjauhan blok dari mereka. Begitu juga siswi FRESH terlalu malu menjual maruah mereka kepada abang-abang senior. Jadi, dengan menempatkan semua BETINA2 Fresh disebelah abang2 OTAI kita, harapnya dapat memecahkan kebuntuan dan kalo boleh memecahkan DARA mereka yang tidak lagi mampu dibendung oleh kaum wanita hari ini.
 Saya menyokong 100% IPTA ini dalam usaha BODOHnya mencmpurkan kawasan asrama siswa dan siswi. Dan kalo boleh kita satukan bilik, mungking lebih cepat pertumbuhan populasi ANAK HARAM di IPTA berkenaan. Dengan harapan anak2 HARAM ini nanti lahir terus menjadi pelajar universiti. Mungkin manusia2 yang lahir di universiti akan lebih cemerlang berbanding manusia yang dilahirkan di hospital.
   Baguslah Malaysia baguslah IPTA Bumiputera, mula-mula kita bagi diskaun kt pesalah BUNUH, kemudian kita campurkan lelaki dan perempuan dalam satu kawasan. kemudian kita naikkan harga minyak, gula, gas xpayah bagitaw rakyat. Biar RAKYAT jadi MAYAT biar anak MELAYU jadi anak HARAM.
   Banjir yang melanda sekitar Malaysia kita anggap sebagai bencana alam, baguslah, tsunami yang melanda beberapa tahun dulu kita konklusikan sebagai satu kesilapan struktur geografi. sabar, dan teruslah MENCABAR ALLAH. Moga-moga ALLAH hantar TSUNAMI terus dari laut cina selatan, menyapu habis seluruh perkampungan hadhari dan IPTA yang bakal menjadi pusat penternakan ANAK HARAM UNIVERSITI. Bila sampai waktunya, bila bukit baukpun gerun mendongak ombak laut cina selatan yang bakal naik mungkin 5 kali pokok kelapa, mungkin 50, mungkin 500 kali pokok kelapa. mungkin bila tasik banding meluas hingga ke teluk gadung, jika saat itu kita masih belum sedar. Mungkin yang layak untuk kita dipanggil ialah ANAK HARAM.
   WAHAI GENERASI MUDA, CEPAT LALUKAN PERUBAHAN DRASTIK. SEBELUM TERLAMBAT!

Wednesday, January 19, 2011

[aku cabar PM buktikan RAKYAT DIDAHULUKAN!!!]
































































Aku cabar Yang Berhormat PM kite buat benda ni. Kalo xbleh buat, baik letak jawatan and bubarkan parlimen. Ramai lagi yang boleh buat, InsyaAllah. Maaf kalo kasar bahase aku.

Saturday, January 1, 2011

[AHLI NERAKA!]

"Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim]"


   Mendengar hadith diatas pun sudah cukup membuatkan hati manusia berasa gerun. Hatta binatang sekali pun jika faham akan tulisan itu, nescaya berasa amat gentar sekali. Tambahan pula itu adalah hadith dari Imam muslim, yang hanya meriwayatkan hadith soheh. Hadith bertaraf ini boleh jatuh murtad jika kita tidak beriman dengannya. Maafkan saya jika salah.
   Dua golongan diatas, seringkali dikaitkan dengan neraka. PEMIMPIN dan PEREMPUAN. Dalam hadith ini Rasulullah memberi amaran kepada pemimpin yang memegang kuasa, dan menggunakan kuasanya untuk menghukum sesiapa saja yang dikehendaki. Atau dalam makna kata yang lain, menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri.
  Dalam dunia hari ini, kita seringkali dapat melihat pemimpin yang sebgini. Kerana sudah sampai masanya. Masa disebut oleh baginda Rasul dalam hadith diatas. Tetapi pemimpin hari ini umpama si buta yang melihat neraka. Umpama si tuli yang mendengar irama azab. Jesteru itu marilah semua kita sedar, kerana kita adalah pemimpin dan mempunyai hak menentukan kepimpinan kita. Ketahuilah bahawasanya semua ini adalah pinjaman Allha semata-mata. Kepimpinan ini adalah hak Allah. Dan hambanya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang Allah mahu. Ingatlah, Allah ada berfirman dalam Al-Quran, bahawa di akhirat nanti, Allah akan mengumpulkan semua pemimpin-peminpin dunia. Presiden2, perdana menteri2, raja2, sultan2 dan sebagainya. Dan Allah akan berfirman. "Siapakah raja pada hari ini!?"
   Dan golongan kedua, adalah wanita yang disebut oleh nabi sebagai manusia yang paling mudah masuk syurga tetapi paling ramai didalam neraka. Kerana mereka selalu salah faham tentang Islam. Mereka rasa mereka faham Islam, tapi sebernya mereka tidak faham. Mereka tidak tidak tahu yang mereka tidak faham. Kesian. Ramai perempuan ingat perempuan wajib pakai tudung. Sebernya tidak. Yang wajib adalah menutup aurat, bukan memakai tudung.
   Aku seru semua wanita2. Segeralah mencari kefahaman yang sebenar. Tangrifan yang sebnar, tentang Islam. Tentang aurat. Jangan asyik kita ditupu oleh hati yang depengaruhi syaitan bahawa tudung labuh, baju labuh, stoking adalah untuk org alim sahaja. BUKAN! kita selalu silap. Dalam Isalam takde benda yang untuk orang alim sahaja. Solat itu 5 untuk semua manusia, tak kira alim ke tak. Puasa itu sebulan untuk orang alim atau tak. mengapa tiba pada aurat, ia hanya untuk org alim. Fahamlah, ketahuilah. Aurat perempuan tidak ada pencanggahan dalam mana2 hadith. Melainkan semua mengatakan aurat wanita itu kesemuanya melainkan dua tapak tangan dan juga muka. DAN, TIDAT KETAT. Berapa ramai perempuan yang ingat mereka menutup aurat tetapi sebernya mereka BERTELANJANG. Astaghfirullah...
   Semoga tahun baru ini menjadi batu loncatan untuk semua merubah dan merubah dunia. Andaikata esok tiada lagi bagi kita. Adakah kita akan ke SYURGA ALLAH. Fikir-fikiranlah....