Tuesday, February 15, 2011

[Pemergianmu]

Assalamualaikum,
   Saudaraku, nabi xpenah suruh kita sambut hari kelahiran dan para sahabat tidak pernah meraikan sebelum mahupun selepas kewafatan baginda. Cuma kita, yang terlalu typical dengan sambutan hari jadi yang saban tahun bodoh2 menyambut harijadi baginda tanpa motif dan sebab. Mencintai baginda?
   Apakah kalian tahu, tarikh lahir baginda sama dengan tarikh kewafatan baginda. Ini bermakna, setiap tahun kita sampai ke hari ini. Selain dari hari ini merupakan hari kelahiran baginda, hari ini juga merupakan hari yang paling sedih dalam sejarah Islam. Kerana kekasih mereka, kerana pemimpin mereka, pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. 
   Marilah hari ini kita cuba mengimbau kembali saat kematian baginda agar kita sedar betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh.


Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.



   Saudaraku, aku sedih melihat kartun yang menghina nabi, aku tidak marah melihat pelbagai fitnah dilemparkan kepada baginda oleh orang yahudi dan nasrani, aku tidak pernah kesah mereka menghina nabi. Kerana memang itu mereka. Kerana mereka memang tidak mencintai dan dicintai Nabi. Kerana mereka orang kafir!
 Tetapi yang aku sedih melihat ramai dari ummatnya, ummat yang dicintainya yang menghina baginda, yang mengkritik baginda, yang mendustakan baginda, yang lari meninggalkan cintanya.
   Bukan dari golongan ajaran sesat. Tapi KITA, kita yang sesat. Kita yang bila rasulullah kata "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara" itulah harta pusaka yang paling berharga ditinggalkan oleh nabi untuk ummat kesayangannya. Tapi hari ini kita katakan ianya tidak relevan. Islam itu syumul, sempurna meliputi segala aspek. Ekonomi, kehidupan, muamalah, sukan, Politik, segalanya. 
   Tapi kita hari ini, xpernah ingat padabaginda. Mencintainya bukan sekadar berselawat kepada baginda. Tapi, dalam setiap nafas kita ada baginda. Setiap kali kita tinggalkan pesan baginda, setiap saat itulah kita menghina baginda.
  Aku tinggalkan kepada kamu beberapa soalan, agar kita boleh berfikir. Jika nabi masih lagi hidup hari ini, adakah anda akan MENGUNDI baginda sebagai pemimpin. Adakah anda sanggup memansuhkan kesultanan menggantikan baginda? Adakah anda sanggup menyerahkan segala kepimpinan kepada baginda? dan anda rase, berape puluh sen kah harga seliter minyak kita? kerana Nabi ade bersabda "Ulama' itu pewaris kepada Nabi" fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment