Tuesday, February 22, 2011

[BETUKE PEMIMPIN KITA PIKIR PASAL KITE?]

Petang tadi dalam kepadatan jam otw nk balik umah, aku dengar berita kt hot.fm. Kerajaan beri jaminan harga minyak petrol ron95 xkn naik dlm masa terdekat. Alhamdulillah, tapi sampai ble? sampai ble waktu terdekat tu? malam ni? malam esok? dlu, sehari sebelum naik harge, dh dibgtaw... leh ar prepare. Ni, tgh2 mlm tibe2 harge naik... dh mcm seludup ganja plak. Dlu naik2, ade ar sekali due turun skit... ni naik je, menag je, naik, menang je, naik. hmmm....
   Aku bkn ape, cube korang pikir, kite yg ade berduit sket ni pn pening harge minyak naik... org yg dok pakai evo pn dh isi ron95 skrang, sian evo die... tapi atleast kita masih ade pilihan. mungking bleh kurangkan fule dlm makanan, tambahkan dlm senyuman, boleh kurangkan berjalan, banyakkan beriktikaf, boleh banyakkan minum air masak, kurangkan air kaler.  Tapi, ape nasib saudare kita yg kt luar bandar sane, atau yang dok kt flat di tengah ibu kota. yang ade anak lima enam org, gaji keluarga xsampai lima ratus. yang xpernah cukup gula dlm makanan, yang xpernah merayau sini sana, yang hanya minum air masak yang xde kaler? yang dlu cukup dngn rm3 seminggu minyak dituang dlm honda cup rapuh milik sepenuhnya die. skrang mungkin dh jadi rm5 seminggu. Kita mgkn xterase, diorang? Bila harga minyak naik, mulalah harga gule naik, gas naik, barang2 naik.... diorang yg xpenah cukup makan tu nk makan ape...? aduih hai....
   Kadang2 aku pikir, waktu kite rase terlalu sempit bila harge minyak naik, ape yang diorang tu rase e...? Kita dok ckporg tu selfish, org ni selfish, tapi kita? Tolonglah PEMIMPINKU... janganlah pikir pasal perut sendiri je... tolonglah org yang masih ditakuk lame...jngn ar nk pikir pasal populariti, nk famous, nk jadi pemimpin, nk org kenal. cukuplah...
   Aku slalu teringat kisah saidina umar yang tidak mkn selagi semua rakyatnye makan, yang xpernah kenyang dari rakyatnye, yang xpernah cukup tidur dari rakyatnye, yang xpernah selesa dari rakyatnye, yang xpernah dahulukan dirinya dari rakyatnya. Umar xpenah ckp pn, RAKYAT DIDAULUKAN, umar xpenah ckp pn CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. Umar xpenah ckp pn akan turunkan harge minyak kalo menag itu ini. Tapi umar BUAT xpayah ckp...
   Aku harap pemimpin kita sedar dan Allah beri mereka hidayah. Bagitu juga dengan pengikut-pengikut mereka. Aku rase, kalo semua org taw cerite umar, mesti mereka teringin nk pemimpin mcm beliau. Fikir-fikirkanlah, BETULKE PEMIMPIN KITA PIKIR PASAL KITA?

Tuesday, February 15, 2011

[Pemergianmu]

Assalamualaikum,
   Saudaraku, nabi xpenah suruh kita sambut hari kelahiran dan para sahabat tidak pernah meraikan sebelum mahupun selepas kewafatan baginda. Cuma kita, yang terlalu typical dengan sambutan hari jadi yang saban tahun bodoh2 menyambut harijadi baginda tanpa motif dan sebab. Mencintai baginda?
   Apakah kalian tahu, tarikh lahir baginda sama dengan tarikh kewafatan baginda. Ini bermakna, setiap tahun kita sampai ke hari ini. Selain dari hari ini merupakan hari kelahiran baginda, hari ini juga merupakan hari yang paling sedih dalam sejarah Islam. Kerana kekasih mereka, kerana pemimpin mereka, pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. 
   Marilah hari ini kita cuba mengimbau kembali saat kematian baginda agar kita sedar betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh.


Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.



   Saudaraku, aku sedih melihat kartun yang menghina nabi, aku tidak marah melihat pelbagai fitnah dilemparkan kepada baginda oleh orang yahudi dan nasrani, aku tidak pernah kesah mereka menghina nabi. Kerana memang itu mereka. Kerana mereka memang tidak mencintai dan dicintai Nabi. Kerana mereka orang kafir!
 Tetapi yang aku sedih melihat ramai dari ummatnya, ummat yang dicintainya yang menghina baginda, yang mengkritik baginda, yang mendustakan baginda, yang lari meninggalkan cintanya.
   Bukan dari golongan ajaran sesat. Tapi KITA, kita yang sesat. Kita yang bila rasulullah kata "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara" itulah harta pusaka yang paling berharga ditinggalkan oleh nabi untuk ummat kesayangannya. Tapi hari ini kita katakan ianya tidak relevan. Islam itu syumul, sempurna meliputi segala aspek. Ekonomi, kehidupan, muamalah, sukan, Politik, segalanya. 
   Tapi kita hari ini, xpernah ingat padabaginda. Mencintainya bukan sekadar berselawat kepada baginda. Tapi, dalam setiap nafas kita ada baginda. Setiap kali kita tinggalkan pesan baginda, setiap saat itulah kita menghina baginda.
  Aku tinggalkan kepada kamu beberapa soalan, agar kita boleh berfikir. Jika nabi masih lagi hidup hari ini, adakah anda akan MENGUNDI baginda sebagai pemimpin. Adakah anda sanggup memansuhkan kesultanan menggantikan baginda? Adakah anda sanggup menyerahkan segala kepimpinan kepada baginda? dan anda rase, berape puluh sen kah harga seliter minyak kita? kerana Nabi ade bersabda "Ulama' itu pewaris kepada Nabi" fikir-fikirkanlah...

Friday, February 11, 2011

[IZINKAN AKU REGUK CINTAMU]

Izinkan Aku Reguk Cintamu

Aku Bertasbih
Bukan hanya karena
Takut akan
Azab nerakaMu

Aku Bertahmid
Bukan hanya karena
Ingin merebut
Nikmat surgaMu

Aku Bertakbir
Seluruh jiwa dan raga
Karena sungguh
MendambakanMu
MerindukanMu
MencintaiMu
Kekasihku

Izinkan aku
Membasahi sajadah
Bersimbah air mata
Di dalam sujud

Izinkan aku
Runduk memohon ampun
Lafazkan taubat
Dan Istighfar

Oh... Engkaulah yang Maha Perkasa
Oh... Engkaulah yang Maha Segalanya

Yaa Allah.. Yaa Rahman.. Yaa Rahim
Yaa Karim
Segala puji bagiMu
Izinkan aku reguk cintaMu

Wednesday, February 2, 2011

[Kita kekurangan ANAK HARAM!]

Dalam sehari dua lepas aku dengar khabar angin yang mengatakan salah sebuah IPTA di Malaysia bercadang untuk campurkan kawasan asrama mahasiswa dan mahasiswi. Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa tahun mencari formula bagaimana nak menaikkan prestasi populasi manusia HARAM di Malaysia, IPTA yang bernaung di negeri Islam Hadhari ini akhirnya berjaya menemukan formula 'bernas' ciptaan manusia BODOH ini.
   Benar, semenjak mendengar berita kes kelahiran bayi di kampus kotanya dua tahun yang lepas, baru sem lepas kita dengar balik kes org buang bayi di dalam toilet siswi sehari dua sebelum cuti akhir sem. Nampaknya jarak kedua-dua kes itu terlalu jauh sehingga merunsingkan pelbagai pihak terutama di IPTA tersebut. Mereka merasakan kita terkebalakang dalam usaha melahirkan anak-anak haram yang grad universiti seawal umur satu dua hari.
  Setelah dikaji, mereka mendapati masaalah ini timbul kerana siswa kurang TERANSANG dengan kehadiran siswi yang berjauhan blok dari mereka. Begitu juga siswi FRESH terlalu malu menjual maruah mereka kepada abang-abang senior. Jadi, dengan menempatkan semua BETINA2 Fresh disebelah abang2 OTAI kita, harapnya dapat memecahkan kebuntuan dan kalo boleh memecahkan DARA mereka yang tidak lagi mampu dibendung oleh kaum wanita hari ini.
 Saya menyokong 100% IPTA ini dalam usaha BODOHnya mencmpurkan kawasan asrama siswa dan siswi. Dan kalo boleh kita satukan bilik, mungking lebih cepat pertumbuhan populasi ANAK HARAM di IPTA berkenaan. Dengan harapan anak2 HARAM ini nanti lahir terus menjadi pelajar universiti. Mungkin manusia2 yang lahir di universiti akan lebih cemerlang berbanding manusia yang dilahirkan di hospital.
   Baguslah Malaysia baguslah IPTA Bumiputera, mula-mula kita bagi diskaun kt pesalah BUNUH, kemudian kita campurkan lelaki dan perempuan dalam satu kawasan. kemudian kita naikkan harga minyak, gula, gas xpayah bagitaw rakyat. Biar RAKYAT jadi MAYAT biar anak MELAYU jadi anak HARAM.
   Banjir yang melanda sekitar Malaysia kita anggap sebagai bencana alam, baguslah, tsunami yang melanda beberapa tahun dulu kita konklusikan sebagai satu kesilapan struktur geografi. sabar, dan teruslah MENCABAR ALLAH. Moga-moga ALLAH hantar TSUNAMI terus dari laut cina selatan, menyapu habis seluruh perkampungan hadhari dan IPTA yang bakal menjadi pusat penternakan ANAK HARAM UNIVERSITI. Bila sampai waktunya, bila bukit baukpun gerun mendongak ombak laut cina selatan yang bakal naik mungkin 5 kali pokok kelapa, mungkin 50, mungkin 500 kali pokok kelapa. mungkin bila tasik banding meluas hingga ke teluk gadung, jika saat itu kita masih belum sedar. Mungkin yang layak untuk kita dipanggil ialah ANAK HARAM.
   WAHAI GENERASI MUDA, CEPAT LALUKAN PERUBAHAN DRASTIK. SEBELUM TERLAMBAT!